MY IKLAN

MY IKLAN

Friday, February 18, 2011

PUDING DRAGON FRUIT

Assalamualaikum....
Sekarang ni ke'busy'an melanda. Nak pi skodeng umah orang pun tak sempat. Mesyuaratnya, site visit nya, laporannya. Ahhhh tidak. Dah le benda yang ditunggu-tunggu masih tak kunjung tiba. Tak pe sabar tu kan separuh daripada iman. Ujian sebagai hamba Nya. Hambik dah mula citer pasak kerja plak kat sini. Tak bagus sungguh. Nak buat macam mana, sekali sekala kena gak kasi kuar sikit, tak boleh simpan2 nanti meletup sapa yang susah. Kan..kan..kan. Weekend lepas hubby beli dragon fruit kat rope walk. Ye la asyik2 kiwi je, muka pun dah macam kiwi je. Seronok tengok aqil makan buah dragon fruit ni. 1 untuk mama 1 untuk aqil. Berdasarkan kepada situasi semasa didapati aqil ni berpotensi untuk menjadi penggemar puding tegar. Ye la puding laici ngan puding kiwi hari tu kami berdua le tukang habiskan. Baba sikit2. Abg Long langsung tak pandang. Jadi demi anak tercinta tanya le kat pakcik google kat mana ada resepi puding dragon fruit. Nak tau ke mana pakcik google ni tunjuk? Tak lain dan tak bukan Dapur Tanpa Sempadan. Hari rabu lepas walaupun penat training netball gagahkan jugak untuk membuatnya. Tengok resepi yang CMG bagi tu macam senang sangat. Bila dah siap memang senang pun. Bila dah sejuk simpan kat peti ais. Semalam sampai je umah terus buka peti ais. Kami mengadap 2 orang. Baba layan sipi2 je. Memang nyaman dan menyegarkan. Dah minta izin kat CMG tadi untuk kopipes. Jadi layan le resepi kat bawah ni.


RESEPI PUDING DRAGON FRUIT
Sumber: tiffinbiru.blogspot.com

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 5 gram serbuk jelly "konnyaku"
  • 625 ml air (2 1/2 cawan)
  • 4 1/2 camca besar gula pasir
  • 200 ml susu sejat "IDEAL"
  • 1 helai daun pandan
  • 1/2 camca teh esen vanilla
  • 150 gram isi buah naga jenis merah*
  • 125 ml air*(*dikisar)

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Dalam periuk, satukan air, gula, daun pandan dan serbuk jelly, kacau hingga larut dan masak dengan api sederhana sambil dikacau selalu hingga mendidih, masukkan esen vanilla. Kacau rata.
  2. Alih periuk dari api, keluarkan daun pandan. Tuang puree buah naga tadi dan kacau dengan whisk hingga rata , kemudian masukkan susu cair, kacau hingga sebati. Isi dalam bekas sesuai, biar hingga hilang wap panasnya.
  3. Simpan dalam peti sejuk selama 30 minit - 1 jam atau hingga keras. Hidangkan dingin sebagai pencuci mulut, jika suka boleh juga dimakan bersama susu cair dan buah2an segar.



8 comments:

Unknown said...

Assalam kak sam...sedapnya buah naga ni..lama dh tak mkn...kat sini jumpa yg putih jer...kalau kat ropewalk buah memang murah suka beli buah kat sana....huaaa rindu nk blk kg!...akak tapau sikit yer..haha saya ni dh nk masuk tido pun sempat lagi nk mkn....hehe

izahdaut said...

assalamualaikum kak sam..
memang best puding ni.saya pun pernah buat gak..sedap bila time gigit biji2 dia tu..tapi saya tak letak susu nak bagi rasa dragon yg pure...hahah rasa dragon tuuuu

Patyskitchen - Exploring Global Flavor Around The World said...

Asamlamuailaikum, dalam cuaca yang panas begini rasanya sesuai buat penyejuk tekak. Belum pernah buat buah naga naga ni, saya ambil resipi ya.

Mas said...

sedappnya puding..
terliur mas tengok...

suri solehah said...

salam..mestinyalah aqil yang paling seronok tengok maknya buat puding ni..nanti akak nak cuba gaklah kak sam.

Lieza said...

salam k.sam...sedapnya de pinky puding tu...lieza nak yg luv tu...cutenya nak mkn cam sayang ler pulak..

sahromnasrudin said...

tak pernah lagi jumpe puding cenggitu tau...

Kak Sam said...

Kepada semua terima kasih kerana sudi meninggalkan jejak. Sila le cuba. Memang best.