MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, February 9, 2011

Sayur Campur Sos Tiram

Assalamualaikum....
Sebagaimana yang telah dimaklumkan semalam, misi minggu ini adalah menghabiskan stok kacang panjang. Jadi nak kongsikan cubaan kedua pulak. Resepi skodeng kat MyResipi tapi sayur masukkan apa yang ada kat dalam peti ais je. Memang sempoi sangat. Apa yang penting adalah selepas makan tinggal piring kosong je. Resipi asal milik farihafaizal. Kat bawah ni versi setelah dikurang-kurangkan.


 

RESEPI SAYUR CAMPUR SOS TIRAM 
Bahan-bahan ( 2 orang )
  • 1/2 batang lobak merah
  • 1 batang celeri
  • 5 jurai kacang panjang
  • 1 biji cili merah
  • 2 ulas bwng kecil & 2 ulas bwng putih-hiris
  • Garam&Air
  • 1 1/2 sudu besar sos tiram
  • Fishcake yg telah dipotong nipis-kuantiti ikut suka
    Cara-cara
    1. Panas kan kuali dgn sedikit minyak. Tumis bawang merah,bawang putih & fishcake.Masukkan garam secukup rasa.
    2. Masukkan kesemua sayur yg telah dipotong2 kecil. Gaul sehingga sebati. Masukkan sos tiram,masukkan juga sedikit air dan cili merah. Siap.

    3 comments:

    Unknown said...

    simple tapi sedap!..:)

    Kak Sam said...

    Hehehehe...
    Sama tapi tak serupa

    Unknown said...

    Assalamualaikum Kak Sam...

    Salam Kenal Juga Dari Lin....Terimakasih...jauhnya nampak Lin kat Kuantan follow sampai Segamat...Jauhnya... Tq3 Muaaaahhhhhhh....

    Sedap! Sayur Dg Sos Tiram...Lin Mmg Suka...