MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, March 29, 2011

3 Angka 3 Cerita

Assalamualaikum...

1
Syukur kepadaNya kerana hari ini bilangan insan yang sudi menjadi teman saya di alam maya ni dah mencecah 3 angka. Memang tak sangka sungguh. Terima kasih banyak2 kepada teman2 sekalian. Semoga tali silaturahim yang dijalinkan ini akan berkekalan selama-lamanya.

2
Kalau dah sampai kl ini jika tidak menjejakkan kaki ke sogo memang tak sah. Semalam lepas maghrib terus menapak ke sana. Berlegar-legar di tingkat 2 sampai waktu perniagaan tamat. Jatuh cinta pada sepasang kasut scholl tapi biasa le harganya mesti 3 angka. Memang le kalau scholl ni kalah membeli tapi menang memakai. Kasut yang beli masa mengandungkan aqil dulu pun masih dipakai sampai sekarang. Petang tadi pergi sekali lagi sebab nak makan kat food court kat atas tu dan nak cari buah tangan buat 3 buah hati yang ditinggalkan. Sempat juga usha bahagian kasut kat tingkat bawah, jatuh cinta lagi kali ni pada sepasang kasut bonia. Harga biasa le 3 angka juga. Nanti le. Sekarang ni kena berbelanja secara berhemah kerana ekonomi kurang memberangsangkan.

3
Gembira membaca khabar dari kuala terengganu. Tahniah buat 2 orang insan yang amat saya kagumi iaitu Kak Nor dan Ina. Bak kata Kak Nor "tak sangka boleh pergi sejauh ni dalam berblogging ni". Allah Maha Kaya. Inilah hasilnya apabila kita berbuat baik sesama insan. Ilmu didada dikongsi tanpa mengharapkan balasan. Kepada semua blogger masakan TAHNIAH diucapkan. Semoga ilmu yang dikongsikan di alam maya ini akan menjadi bekalan anda di sana kelak. Teruskan usaha. 




    11 comments:

    solo molo said...

    macam-macam cerita ada...



    entry terbaru > http://solomolo.blogspot.com/2011/03/sel-sel-minda.html

    SiS NaD said...

    WaH KaK SaM... TaHNiaH SBaB DaH MCaPai 3 aNGKa TuK JMLaH FoLLoWeRS... TWeUSKan B'BLoGGiNG Ye.... (^_____^)V

    Kalamhati said...

    3 cerita berbeza yang emosinya..hehe
    tahniah truskan blogging..=)

    Kak Sam said...

    Tq..tq..tq..

    Yati said...

    Tahniah Kak Sam. Follower dah ramai.
    Yati pun suka kasut scholl. Selesa. Ada sepasang je, pakai sampai sekarang. Best dapat jalan Sogo.

    inaku79 said...

    betul tu kak...tp yg paling mencabar bila tgh kering tu lar ada sales macam2....hahaha...timing x kena betoi. sabo jer la ek..

    btw, tahniah kak...followers dh cecah angka 3. :)

    MamaEma said...

    tahniha..terus berblogging...

    nOOrsha said...

    congrates ye kak... dah lbnh 100 follower..cayok2...

    Kak Sam said...

    Tq semua. Insyaallah selagi terdaya

    miszlullaby said...

    ML follow cni =)

    Ayu Safieza said...

    Tahniah dear sis...keep it up!!!:)