Assalamualaikum....
Lagi homework dari en. ben. Kalau ikutkan tujuan asal blog ni nak kongsikan homework masakan diberikan oleh sifu2. Tapi bila dah mula join segmen en. ben ni rasa macam best pulak. So perluaskan skop kepada homework yang berbentuk cam gini pula. Bukannya apa bila duk fikirkan jawapan kepada soalan2 yang diberikan rasa boleh kurangkan stress sikit. Masuk keje pukul 8.00 duk mengadap kerja yang bertimbun2 dan fikir masalah kat site yang tak habis2. Kira ni lari sekejap daripada benda2 tu le. Sat lagi pukul 2 sambung balik. La ni nak BW pun tak boleh gak pasal tenet kat sini dah le lembab pastu komputer pulak entah apa2. Sabor je le. Kat rumah baru syok nak BW.
KENAPA SAYA BENCI ROKOK?
Ermmm biasa le jawapan standard rokok membahayakan kesihatan. Tapi pelikkan masih ramai lagi perokok tegar kat Malaysia ni. Banyak benda yang tak baik dari yang baiknya pasal rokok ni. Kalau tanya pakar pemakanan apakah khasiat rokok? Rasanya macam takde jawapan je (kalau ada tolong bagitau ye). Memang le cukai rokok merupakan antara penyumbang terbesar kepada pendapatan negara tapi kalau dilihat ruang lingkup ekonomi diri sendiri pula, ianya memang merugikan. Harga sekotak rokok melebihi RM 5.00. Kalau habis sekotak tu tak payah makan tak pe jugak. Tapi kena gak beli makanan untuk isi perut, kan rugi tu. Pada aku RM 5.00 tu dah boleh buat makan tengahari. Di samping itu juga rokok mencemarkan alam sekitar. Mencemarkan udara. Kalau ada orang merokok berhampiran kita silap2 baunya boleh melekat kat tudung. Cukup tak suka. Tempat orang merokok ni pula selalunya kotor, selalunya kita boleh tengok kat atas lantai atau meja kat dalam restoran yang tiada larangan merokok. Silap2 hilang terus selera makan. Siankan pada anak2 kita, tak pasal2 menjadi mangsa kepada insan2 yang mementingkan diri sendiri.
PESANAN
Kepada semua pembaca yang merokok carilah kekuatan untuk berhenti kerana banyak buruk dari baiknya. Jangan bazirkan wang anda dan jangan aniaya diri sendiri. Hanya anda yang mampu menolong diri anda sendiri.
Kepada yang baru nak belajar atau mencuba rokok tu lupakan saja. Banyak lagi perkara yang boleh anda pelajari di dunia ini. Sesal dulu pendapatan sesal kemudian tidak berguna.
PENDAPAT
Mereka yang merokok ini tergolong dalam golongan orang2 yang mementingkan diri sendiri yang tidak ambil peduli pasal orang disekeliling mereka.
6 comments:
salam....
segmen abg ben yg baik.....
** saya pun join..segmen ini..
** folo ur blog..****88
salam kak..saye pun benci rokok n perokok.. allergic..tapi kate org jgn terlalu benci nanti sayang....tu la akibatnye, hb pulak merokok...tgh slow2 berenti...luckily dpn saya n anak2 dye x merokok...kat luar jer ngan kawan2 dye dye merokok... huhuh.
assalam sam..rajin sam join..memang ramai dari kita yang tak suka rokok..
Noosha..
Terus bagi dorongan untuk hb berenti terus ye.
Kak Erna..
Saja je nak release tension..
SiS PuN BeNCi RoKoK... JoM JoiN KeMPeN 'KaTeRKaN TaKNaK PaDeR RoKoK'!~ (^_____^)V
Kalau kat kotak rokok tu mcm-mcm gambar ngeri mengenai kesan rokok keatas badan..tapi perokok masih tak sedar..Huh! Say NO to ROKOK
Post a Comment