MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, March 20, 2011

Cucur Nasi Jejari Ketam

Assalamualaikum...
Selamat berhujung minggu kepada semua. Ni menu tertangguh rabu lepas. Homework yang disiapkan weekend ni akan dimasukkan bila berkesempatan nanti. Ye la banyak lagi keje membibik yang belum siap lagi. Kebetulan pulak SIL ada bercuti di sini.  Cucur ni dibuat untuk makan malam. Saja nak tukar selera. Biasanya alif memang suka makan cucur tapi malam tu dia tak nak makan. Kenyang makan roti kut. Dalam  duk kalut nak masak tu baru perasan yang sukatan buat 1 adunan. Bayangkan le betapa banyaknya. Goreng separuh je, yang separuh lagi simpan. Ok le nak sambung 1 lagi projek yang belum selesai. Kepada sesiapa nak rasa kelainan pada rasa cucur boleh le cuba resepi ni. Kepada cikgu yatie minta izin ye kopipes kat sini. 

RESEPI CUCUR NASI JEJARI KETAM

Bahan-Bahan
  • 2 cwn nasi
  • 2 cwn air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 biji bwg putih
  • 1 sudu besar udng kering-rendam dan toskan
  • 2 1/2 cwn tepung gandum
  • 8 btng crabsticks-atau lebih, di potong kecil2
  • 1 biji lada besar dihiris nipis (jika suka)
  • Daun sup/bawang (di hiris halus)
  • sedikit garam
  • Minyak untuk mengoreng
Cara Membuatnya
  1. Blend nasi bersama air, masukkan sekali udng kering, bwg putih dan bwg besar...kisar sebati.
  2. Masukkan tepung gandum ke dlm bekas dan tuangkan bahan2 kisar tadi...gaul sebati.
  3. Campurkan semua bahan2 hirisan, garam dan gaul sebati. Masukkan sekali potongan crabstick dan gaul hingga sebati.
  4. Panaskan minyak dan goreng adunan cucur hingga masak.
  5. Saya gunakan tangan saja utk men=jemput cucur ini....pastikan jari di basahkan sedikit dngn air supaya mudah.
= Boleh juga gunakan sudu utk mengoreng cucur ni...sudu hendaklah di celupkan sebentar kedlm minyak panas tadi dan jemputlah adunan cucur tadi kedlm minyak gorengan....dan buatlah sehingga habis...


Chopp...choppp... Nak tanya Bread Maker aka Bibik Melayu Kenwood yang kaler putih tu okey ke? Semalam pergi Harvey Norman offer RM 489 je. Harga asal RM 559 kut. Masih dalam bertimbang tara lagi ni.

9 comments:

Mas said...

akak..nak cucur yang sedapp tu sepinggan...
lapo la..he..he..

anymz said...

salam sam
apam dah jadi baja dah..
singgah sini jap makan cucuq..kat sini hujan.dapat cucuq ni memang best giler lah..ada pulak saki baki lauk semalam buat cicah..huhu

oklah harga bibik melayu tu..beli jgn tak beli..nnt nyesal

Mas said...

kak sam..ok la tu bread maker kenwood....izah ngan kak nor guna jenama tu...
kira murah la harganya....
baik akak beli..

Acik Erna said...

assalam sam..tak dapat nak jawab..sebab akak tak de bread maker..
cucur letak jejari ketam..tu mesti sedap kan..

tun_telani said...

assalamualaikum kak sam.. wahh.. sama laa menu bekfes kiter.. cucur nasi gak.. sedap kan =)

fara dean said...

mulat2 cucur tu..menggoda!! nak sikit!!

Zalieda Zaliedana said...

Assalam kak,nak cucuq cikit,g la goreng tepung yg duk da tuh,Akak Bm tuh dah murah la tu rega dia,sy beli kenwood juga bln6 taun lpas after less rm490,Mmg rega xless dlm 500++..Beli kak jgn xbeli..

Mulan said...

eeyyy.... mesti sedap ni... lapar pulak petang2 ni..

Kak Sam said...

Kepada semua. Maaf yer cucuq tu dah habis. Kalau nak rasa sila buat sendiri. Pasal BM tu masih belum putuskan lagi. Hati memang nak tapi tabungnya cam belum penuh je lagi. Hehehehe