MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, March 15, 2011

IKAN KUKUS ASAM BOI

Assalamualaikum...
Tengahari tadi sanggup korbankan masa rehat semata2 untuk join segmen en. ben.  Malam ni rasa macam tak larat nak duduk depan pc ni tapi gagahkan juga untuk kongsikan resepi yang sedap ini. Hari ahad lepas ternampak asam boi masa jalan2 kat ropewalk. Terus rembat seringgit sebab dalam peti ais ada sekerat ikan siakap. Homework ni dah lama cikgu hana bagi tapi baru je berkesempatan nak siapkan. Kepada hana & family semoga sentiasa berada di bawah perlindunganNya dan terpelihara dari kejadian yang tidak diingini. Semoga selamat sampai ke tanah air nanti. Resepi ni memang sangat mudah. Campak2 je bahan2 ya dan kukus. Siap untuk dimakan. Kepada yang nak merasa sila copy resepi & buat sendiri yea.


RESEPI IKAN KUKUS ASAM BOI
Source: hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan
  1. Ikan yang sesuwai utk kukus (siakap, kerapu etc )
  2. 1/2 biji bawang besar - hiris
  3. 2 ulas bawang putih - ketuk
  4. 1-2 batang serai - hiris
  5. 1 inci halia - hiris memanjang halus
  6. 5 biji asam boi putih atau lebih
  7. 1/4 batang carrot - hiris memanjang halus
  8. Tomato cherry @ biasa - belah 4
  9. Daun ketumbar
  10. 1 sudu sos ikan
  11. 1 sudu kicap cair
  12. 1 sudu sos tiram - (optional)
  13. Hirisan limau atau jusnya
  14. Cili padi dan cili merah - ikut kepedasan masing2 - hiris@ketuk
  15. Garam - jika perlu - hana tak letak sbb sos ikan dah masin.
  16. Tepung jagung+air sedikit (jika ingin kuah pekat) - hana tak letak
Cara-cara
  1. Rendam asam boi dgn air panas (air paras asam boi,jgn byk sgt) sehingga kembang. Kemudian kikiskan sedikit.
  2. Basuh ikan dengan limau kemudian cuci bersih. Letak ke dalam pinggan@mangkuk tahan panas yang sesuai.
  3. Susun@taburkan bahan2 lain ke atas ikan.Satukan dalam mangkuk kecil sos ikan, kicap cair, sos tiram, garam jika perlu. Kemudian curahkan ke atas ikan.
  4. Akhir sekali masukkan asam boi dengan air rendaman asam boi sekali.
  5. Kukus ikan selama 15min atau hingga masak.
  6. Angkat dan hidangkan dengan menaburkan daun ketumbar lagi sekali.
Nota: Sukatan bahan2 saya kurangkan setengah sebab ikan ada sekerat je. Lagi 1 saya tak letak apa yang hana tak letak. (tak berani derhaka gitu!)


7 comments:

Unknown said...

ikan kukus bubuh asam boi ni memang sedap...nieza pun selalu buat mcm ni main campak2 jer...kalau time malas selalu ler buat versi campak2 ni..hehe

lina said...

salam kak sam -ni mmg ikan kesukaan lina

tun_telani said...

assalamaualaikum kak sam.. sedapnyer... xpernah wat lagi ikan ni. resepi dh lama dh di-usha.. sedap ek? nnto nk gi cari asam boi jugak la.

Sue @ Nenie said...

Salam..Lamenya takl makan ikan kukus..sedapnya tengok kat sini

Yatie said...

Assalamualaikum Sam,
walau campak2 tapi sungguh menyelerakan...lapor terus ni...huhuhu..

Kak Sam said...

Nieza..
Bukan mala tapi kurang rajin jerr. hehehe

Lina...
Sama le kita. Ikan tu mmg dah sedap jadi masa sempoi2 pun jadi sedap.

Tun..
Akak punya asam boi ada lagi. Nak ke?

Kak Sam said...

Sue..
ikan kukus memang mudah n sedap. Nanti kalau nak buat gtau yea, boleh tumpang sekali.

Kak Yatie..
Rindu kat akak. Lama tak menjengah sinar kehidupanku. Jauh sangat. ngee..ngee