MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, March 2, 2011

Kembali Bersiaran

Assalamualaikum...
Sesuai ke tajuk kat atas ni? Tak kisah le janji dapat melepas rindu di dada. Alhamdulillah syukur ke hadrat Ilahi kerana malam ni alif discharge. Isnin minggu depan kena ke hospital balik untuk buat follow up. Di samping itu juga hari ni adalah hari pertama di jabatan baru. Pengarah takde selama 3 hari. Pengesahan penempatan hanya boleh di buat selepas kelulusan pengarah di terima. Kiranya dalam tempoh tu kira duduk bersenang lenang je la.(Hehehe tak baik sungguh). 

Berbalik pada citer alif daniel ni, dia mula demam pada malam isnin minggu lepas.  Disebabkan pada tengaharinya dia nampak macam dah ok, petang tu dia ke sekolah seperti biasa. Namun sekitar jam 3.30 petang babanya menerima panggilan dari pihak sekolah memaklumkan bahawa dia muntah semasa waktu rehat. Kesian kawannya kerana mejadi mangsa. Terus dia diambil dan dia bawa ke Klinik Syifa Gelugor berjumpa dengan Dr. Danial. Kebiasaannya demam akan sembuh dalam tempoh 2 ke 3 hari. Namun setelah 3 hari berlalu demamnya masih tidak kebah. Suhu badan turun naik tidak menentu. Sehinggalah pada malam khamis suhu badan agak tinggi dan dia tidak boleh tidur dengan lena. Meracau macam2. Siap keluar bahasa jepun lagi. Selepas solat subuh telefon Hope Children Sg Ara bertanyakan samada Prudential BSN Takaful diterima pakai atau tidak. Alhamdulillah di terima. 

Perancangan asal nak bawa ke Lam Wah Ee. Tapi memikirkan jarak perjalanan yang agak jauh maka putuskan ke Hope sahaja. Lagi pun tahun lepas aqil pernah dimasukkan ke sini. Tapi masa tu tak ambil insuran lagi. Memang kopak le jawabnya. Tapi demi anak semua itu tak kisah. Masa bawa berjumpa  dengan dr, dikhuatiri dia dijangkiti denggi. Alhamdulillah setelah ujian dilakukan keputusan  adalah negatif. Hari jumaat buat x-ray kerana batuknya semakin teruk. Sah pneumonia. Jadi kena bagi ubat selama 5 ke 7 hari. Memang amat tertekan masa tu. Ye la dengan hal2 dipejabat yang perlu diselesaikan segera dan anak pula masuk hospital. Sehingga pada hari jumaat rasa macam hilang ingatan sebentar. Manakan tidak sewaktu dalam perjalanan pulang sekitar jam 6.45 petang tersangkut dalam kesesakan lalu lintas baru teringat bahawa solat asar masih belum ditunaikan. Ya Allah memang tak teringat langsung. Biasanya jam 5 petang pasti akan ke surau untuk menunaikan ibadat wajib ini, pastu baru balik atau sambung kerja semula. Masa tu dapat merasakan diri berada dalam keadaan stress yang amat kritikal.Tapi sekarang ni rasa cam dah normal balik.

Dalam tempoh 5 hari tu memang nak sangat berkongsi cerita dalam laman ini. Tapi apakan daya masa amat tidak mengizinkan. Sekali sekala sempat le melawat teman2 melalui skrin kecil. Walaupun tidak puas tapi dapat le melepas rindu. Membaca kisah duka k nor yang kehilangan benda yang amat dikasihinya dan kegembiraan k ummi bersama majalah Jelita March 2011. Itulah lumrah dan warna2 kehidupan di dunia ini. Suka duka silih berganti. Jangan leka dengan nikmat yang diberi dan jangan pula meratapi  musibah yang melanda. Semua itu adalah dugaan kepada kita umat manusia di muka bumi ini.

~1st day in hospital~

~3rd day in hospital~
Nota: Amat rindu untuk menjenguk rakan taulan di alam maya ini. Tapi apakan daya masih belum berkesempatan. Insyaallah apabila semuanya telah kembali pulih seperti biasa dan rutin harian kembali normal pasti amalan kunjung mengunjung akan diteruskan.


11 comments:

Trying To Be Muslim.. said...

Assalamualaikumwbh....Kak Sam..in whatevr u do...for what ever happens....May Allah swt bless u with the courage and hope to handle things wisely..:)

Moga Allah swt mudahkan kak Sam sekeluarga...Amen...

Mcm bercinta lak....baru kenal aiii dah rase rindu la.....

azieazah said...

Alhamdulillah, semakin sembuh. Semoga Alif akan terus cergas dan boleh kembali ke sekolah....

Bila diuji sebegini, memang kesabaran sajalah yang menjadi kekuatan seorang ibu.

Make-over yang Over...!

izahdaut said...

Lor patut la senyap..
apa pun alhamdulullah dah kebah pun demamnya.semoga smuanya kembali seperti biasa.. Sian dia ye. Demam sampai admit.. Nanti dah sihat makan banyk2 ye alif

Mas said...

kak sam.....
patut senyap jer..
alhamdudillah...dah semakin sihat anak akak tu...
moga cepat sembuh yer hero akak tu..

Zalieda Zaliedana said...

As"salam kak,semoga alif cepat sembuh yer,nanti mama wat homework yg sedap2 utk alif..Hehe.Moga akak juga tabah menghadapi segala dugaan yer..

Unknown said...

Alhamdulillah, ALif semakin sihat.

Dugaan dariNya, memang kita tak akan dpat mengelak kan.

Smoga Kak Sam juga akan kembali ceria dan boleh melakukan kerja2 lain dengan aman dan selesa.

p/s: jangan lupa email detail pada yus bila dah free ye. Nak kasi hadiahnya ni..hehe

K.Nor said...

salam sam.. alhamdulillah.. anak dah makin sembuh ya.. sabar ya.. setiap hamba yg disayangiNYA pasti akan diuji..

buat dulu kerja mana yg patut, dah free nanti baru on air balik dan buat 'homework' kat sini lak ya.. hehe

~Norul Mas Hana ~ said...

Assalamualaikum kak sam,
dah lm tunggu kak sam..hehe..
Moga alif cepat sembuh sepenuhnya dan kak sam dpt menjalankan aktiviti harian spt biasa..

Kak Sam said...

Kepada semua terima kasih atas sokongan yang diberikan. Allah Maha Besar. Semoga dugaan ini akan lebih mematangkan diri.

hana said...

salam rindu kak... alhamdulillah leh nampak alif tersenyum... moga cepat sembuh nak.. akak pong take care yer..

Kak Sam said...

hana..
tq