MY IKLAN

MY IKLAN

Thursday, March 3, 2011

Roti Marble Coklat

Assalamaualaikum..
Alhamdulillah mood nak citer pasal makanan dah balik dari bercuti. Sebenarnya roti ni buat ahad lepas. Ye la masa duk teman alif kat hospital sempat le menjelajah MyR. Antara roti yang paling banyak laporan dan komen adalah roti marble coklat yang dikongsi onigiri aka ros (sbb ramai yg tulis ros). Memang rasa tercabar sangat masa baca tu. Kebetulan masa tu PIL mai umah sebab risaukan cucu kesayangan. Hehehe masa ni le nak tunjuk skill. Lagi satu kalau tension memang sesuai le buat kerja uli menguli ni. Rasa cam semua duka sebati dalam doh tu. Alhamdulillah jadi. Tapi MIL kata cara uli tu kena diperbaiki lagi sebab bahagian luar roti nampak cam kasar je. Insyaallah practice make perfect. Bila le agaknya tabung BM nak penuh ye. Tak payah le membibikkan diri sendiri dah. Ok le kopipes resepi ni kat sini. Lain kali kalau nak buat tak yah le skodeng MyR.

RESEPI ROTI MARBLE COKLAT
Sumber: onigiri@MyR

Bahan-bahan ( sesuai untuk si manja anda )
  • 200 gram tepung roti
  • 50 gram tepung gandum
  • 1 sudu besar butter atau marjerin
  • 140 ml susu segar
  • 1 sudu kecil yis
  • 2 sudu besar gula
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 1 sudu kecil bread improver
  • 1 sudu besar serbuk koko dibancuh dengan sedikit air
Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan kecuali serbuk koko, uli sampai tak melekat pada jari. kalau ade BM tekan On je.
  2. Perap doh selama 40 minit. kemudian tumbuk-tumbukkan doh tadi, keluarkan angin.
  3. Bahagi doh pada tiga bahagian. satu bahagian masukkan bacuhan koko tadi, kalau telembik buleh tambah sedikit tepung dan uli macam biasa. pastika adunan betul betul sebati ye. warna sekata untuk doh coklat tu.
  4. Satukan doh yang baki tadi dan terap memanjang. letakkan doh coklat di tengah-tengah.
  5. Tutupkan keseluruhan adunan tadi.
  6. Potong tiga adunan dan anyam bentuk tocang.
  7. Letak dlm sandwish loaf.
  8. Biarkan naik dua kali ganda dan bakar pada suhu 160 darjah selama 25 minit atau hingga permukaan nya perang.
  9. Siap dibakar dan sejukkan atas redai. Selamat mencuba.
  10. Siap dipotong tinggal nak ngap je..sesape dah cuba jgn lupa bagi report ye..

12 comments:

Zalieda Zaliedana said...

Assalam kak,wah rajin akak mnguli,sy pun buat roti juga tadi,tapi bibik yg mnguli,hehe..Akak ok la tu nmpak gebu n lmbut jer roti akak..

izahdaut said...

Assalamualaikum..
Woowwmcantik la.'nampak smooth je roti nyer tu.. Lawa lawa.. Leh la masuk list ni

Unknown said...

lama tak singgah dapur akak...tgk dh semakin maju dah akak meroti...tahniah cantik roti tu w/pun menguli tgn memang tabikla kak...harap cepatla tabung akak tu dpt beli bibik melayu tu..:)

suri solehah said...

salam..wah kak sam..suri cukup teruja tengok orang yg buleh buat roti ni..huhu..awak buat tak penah jadi..

anymz said...

salam sam
wah!dah macam org pro je ko meroti tu sam..lawa..lawa..sambil akak clap2 ni..hehe

Unknown said...

wah menajadi rotinya. Sama dengan suri, buat roti selalu tak jadi je, jeles ni...:)

p/s: Kak Sam...yus masih tunggu detail ni. Jangan lupa email. Nanti kalau yus dah operate mata ni, lagi lamalah baru yus boleh online...huhu

Mas said...

rajinnya akak menguli...
cantik dan gebu dah roti tu....he...he..

sahromnasrudin said...

mak aii..rajinnya akak..mmg sy respek la..kak ada cadangan nak komersilkan ke???

Trying To Be Muslim.. said...

Assalamualaikumwbh kak sam......weheeeeeeeeeeee dtg nak minta roti marble wat cicah ngan kopi pak arab kat sini nih.....hik3!!!

Kak Sam said...

Zaliedana..
tq..tq..tq

Izah..
cepet2 buat. Sebab hasilnya mesti 1000 kali lebih cantik. tak sabo nak tengok

suri...
cuba dan terus mencoba yea. Usaha tangga jaya

Kak anymz..
tq..tq..tq...(sambil bongkok2kan badan).

Kak Sam said...

Yus...
Cuba lagi. jgn putus asa ye. Sat lagi akak email.

Mas..
tq..

Sahrom...
Komersil? Huahhh.... tekak family pun tak lepas lagi ni.

Ayu..
sila..sila..sila.jgn segan2 yea.

azieazah said...

Wow! wow! Tabiklahhhh...! Takyah beli roti kat luar lagi..