MY IKLAN

MY IKLAN

Saturday, March 5, 2011

Sardin Kicap Bercili

Assalamualaikum....
Ni lauk malam tadi. Biasanya kalau hari jumaat memang tak masak sebab ada pasar malam kat sg ara. Seperti biasa hubby pergi dengan alif. Bila diorang balik yang ada hanya cendol, durian dan mee goreng untuk alif. Bila tanya mana mama punya, baba kata tak tahu nak beli apa sebab untuk dia pun takde. Dia kata nak makan nasi,  lauk ikan masin pun takpe. Kesian pulak bila mendengarnya. Tiba2 teringat homework yang memiey bagi bulan lepas. Resepi asal dari dapur Dayang Jack. Saya buat sardin tin kecik je. Jadi kuantiti bahan2 dikurangkan ikut kesesuaian tekak sendiri. Amat mudah dan sedap bila makan dengan nasi panas. Mimiey minta izin yea kopipes kat sini.
 RESEPI SARDIN KICAP BERCILI

Bahan-bahan :
  • 1 tin besar sardin ~ tin kecil
  • 1 labu bawang besar (dimayang) ~ 1/2 labu
  • 2 biji bawang merah (dihiris) ~ tak letak
  • 1 ulas bawang putih (dicincang)
  • 2 sb cili kisar - tak letak
  • 3 biji cili padi (diketuk) ~ 6 biji (dihiris)
  • 1 sudu makan kicap pekat ~ 1/2 sudu
  • 5 sb sos dalam tin ikan sardin - ambe tambah ~ 2 sb
  • 1 sk serbuk lada hitam - ambe tambah ~ 1/2 sk
  • 2 -3 biji limau kasturi (ambil jusnya) ~ 1 biji
  • 1 biji cili merah (dihiris)
  • garam dan gula secukupnya
  • 2 helai daun limau purut ~ 1 helai
  • 1 biji tomato (dibelah 4) - 1 biji saiz sederhana

Cara-cara :

  1. Tumis bawang2 hingga perang. Masukkan cili kisar dan tumis lagi hingga garing.
  2. Masukkan kicap pekat, cili padi, daun limau purut dan cili merah. Kacau rata2. Masukkan sedikit air.
  3. Kemudian masukkan garam dan gula secukup rasa. Barulah dimasukkan sardin. Kacau perlahan2 dan biarkan mendidih seketika.
  4. Akhir sekali masukkan jus limau dan tomato.
  5. Boleh tambah air jika perlu.
  6. Hidangkan setelah masak.

9 comments:

Mas said...

sardin ni kalau masak pe pun habiss mas belasah...
sedappkan..

Yatie said...

Assalammualaikum Sam,
Kalau lauk sardine mcm ni mmng gerenti bertambah2 nasi..akak kalau masak mesti 2 tin besar...sbb akak antu sardin...lapor je klau lauk mcm ni..hah3 buruk perangai...ngeeee..

cik cek said...

Sam...kalau lauk sardin ni...memang fav hubby kak cek....macam2 leh masak ngan sardin ni...sardin +jantung pisang...sardin + terung telunjuk....macam2 ada....:-)

tun_telani said...

Assalamualaikum Kak Sam..
Kadang2 makan sardin ni mmg bertambah nasi =)
terima kasih jenguk dapur tun.. tun follow jugak ye =)

Mulan said...

masak sambal pernah la, tapi masak camni tak pernah... mesti sedap ni kak sam...

kalau dekat, saya ngendeng kat umah kak sam je.. hehe..

hana said...

akakkk...kiter rindu kat sang sardinnnn..huhuhuhu

Kak Sam said...

Mas...
memang sedap

Kak Yatie...
Nanti kalau nak masak sardin bgtau yea. Nak tupang bang 2 pinggan.

Cik Cek..
Nanti saya pi skodeng. Kalu ada saya ambik. Nak try gak

Kak Sam said...

Tun..
Sama2 kita mengeratkan silaturahim yea.

Mulan..
Mai le ke penang. Nanti saya buatkan. Spesel lagi gitu.

Hana..
Nanti saya pos 2 karton ke kanazawa. Sian benor rasanya.

Unknown said...

sedapnya!....sejak dok sini jarang juga masak sardin terliurla pula...hehe