MY IKLAN

MY IKLAN

Friday, April 8, 2011

Cerewet???

Assalamualaikum...
Hari ni tak pergi lunch sebab pagi tadi staff kat sini buat pot luck. Tapi sayangnya aku tak dibagitau awal so tak de le pot yang dibawa. Bila tanya kenapa tak bagi tahu awal2 diorang kata tak mau le susahkan JJ. Waaa terharu sangat. Insyaallah weekend ni nak siapkan beberapa homework yang dah bermuka2 surat tu jadi boleh le bawa mai ke ofis.

Sebenarnya hari ni nak sembang isu ketua wanita cerewet atau kakitangan lelaki tidak teliti. Bukan apa pagi tadi masuk je ofis tengok dalam tray in adalah laporan yang perlu disemak untuk dibentangkan pada hari isnin nanti. Alahai banyak benda yang perlu dibetulkan. Rasanya apa yang perlu dibuat telah dibincangkan masa mesyuarat pada 6hb lepas. Tapi entah macam tak dimasukkan dalam laporan tu. Bayangkan jumlah yang ditaip dalam ringkasan tak sama dengan jumlah di perincian. Mesyuarat juga telah menetapkan format pengiraan anggaran kos tapi staff tu ikut kepala dia. Hangin je aku rasa. Bila dah habis semak tu terdetik di hati "aku ni cerewet sangat ke?, Tapi kalau tak cerewet nanti macam mana pulak dengan laporan tu sebab yang nak menjawab dalam mesyuarat adalah aku". Gasak pi le. Ni pula atas meja ada borang lebih daripada 20 orang pekerja yang perlu ditandatangani. Ikut hati memang nak tanya satu persatu sebelum ditenyeh. Tapi mesti aku akan dicop sebagai  ketua yang cerewetkan? Eeee tak sukanya. Ok le nak pi jalan2 n skodeng blog teman2 sat.


    2 comments:

    Nora said...

    kadang-kadang... memang kena cerewet untuk kualiti... sebab banyak orang buat keje asal buat jek :)

    tun_telani said...

    hmm... xtau laa.. ikut atas individu kot kak.. mmg ramai pekerja llk yg suka wat keje sambil-lewa (lg byk lepak minum2 time kerja dr duk kt opis... huhu..). tp ada gk pekerja wanita yg duk bergosip2 je lbh dr wat kerja.. tun rasa bagus ada bos yg particular check kerja, in a way kita pun akan wat kerja lg bagus =)