MY IKLAN

MY IKLAN

Thursday, April 7, 2011

Terima Kasih



Assalamualaikum...Cantik tak award kat atas ni. Alhamdulillah malam ni aqil tidur awal sikit jadi berpeluang le mamanya menyiapkan homework yang diberikan oleh hani, tun, ayu dan noorsha dan Naz. Rasanya sebelum ni ada yang dah bagi award pada my homework tapi masa tu malu2 kucing gitu rasa macam tak layak je. Tapi sekarang ni macam best le pulak. So kepada sesiapa yang nak bagi silakan jangan malu2 erk. (alamak nampak beno aku yang tak malu). Syarat yang pertama dah dipenuhi so kita terus ke syarat berikutnya.


Kedua: Berkongsi apa jua mengenai diri dengan semua :
  1. Sentiasa memanjatkan syukur pada ilahi dengan segala anugerah dan nikmat yang diberikan olehNya.
  2. Seorang surirumah separuh masa aka wanita bekerjaya. Sudah berkahwin selama 8 tahun dan telah  melahirkan 3 orang putera yang sangat le hensem. (cheh..cheh..cheh..)
  3. Anak ke-9 daripada 11 orang adik beradik. 4 orang abang, 4 orang kakak, 1 adik lelaki dan 1 adik perempuan. Bertuahkan?
  4. Sangat tidak pandai memasak. Manakan tidak masa kecik kakak2 yang masak. Bila dah umur 15 tahun duk kat asrama sampai umur 20 tahun. Kalau nak makan apa2 cuma cakap je mesti dapat punya. Baguskan?
  5. Bila dah kahwin dapat pulak MIL yang sangat pandai memasak. Kalau balik kg mesti akan dihidangkan dengan makanan yang sangat lazat. Bak kata SIL "ye la anak kesayangan umi balik". Seronokkan?
  6. Baru belajar memasak dengan cara skodeng dapur sifu2 masakan kat alam maya ni. Harap 1 hari nanti boleh buat kenduri dengan menghidangkan makanan yang dimasak sendiri. Boleh ke?
  7. Suka memcuba resepi masakan berasaskan coklat. Tapi hubby n anak2 tidak menggemari coklat. Macam mana tu?
Ketiga: Berikan kepada 15 blog lain yang baru ditemui.:
Syarat yang ni nak menderhaka sikit. Disebabkan ini kali pertama buat homework sebegini rupa jadi kita nak bagi pada 15 orang pertama yang sudi menjadi teman di sini. 
  1. Hana
  2. Kak Nor
  3. Gadis Kampung
  4. Izahdaut
  5. Mas
  6. Kak Yatie
  7. Kak Ummi
  8. Hani (hahaha bagi balik)
  9. Norul
  10. Azieazah
  11. Nieza
  12. Deliah
  13. Amy Syaquena
  14. Kak Anymz
  15. Greatsword_blader
 Ok le sat lagi nak pergi hantar Notis Pemberitahuan kepada semua yang berkenaan.



    4 comments:

    azieazah said...

    Terimakasih KAK SAM. Saya hargainya.

    Seronok tau bila sekali sekala dapat award macam ni.


    ehhh lambatnya tidor?

    Mas said...

    Terima kasih kak sam..
    mas dah linkkan nama akak...

    Unknown said...

    salam Jumaat kak sam...tq atas ingatan...nieza dah dpt dh award ni nanti nieza masukkan nama akak yer..tqvm.

    K.Nor said...

    mekasih sam.. k.nor dah amik smlm dan dah publish tp blogspot buat hal la pulak... adehhhh....