MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, April 18, 2011

Karipap Inti Sedap & Teman Ke 139

Assalamualaikum....
Apalah yang  nak dimakan tengahari ni. Rasa macam tak de benda yang best jer kat sini. Lagipun nak keluar jauh2 malas sebab cuaca panas ya amat. Tak pe le rasanya buat n3 ni lagi bagus. Harap2 dengan tenong karipap tu lama2 perut boleh rasa kenyang. Hehehe jimat duit. Ok le resepi karipap ni ambil dari MyR. Kalau dah namanya resepi dari Cikgu Ina memang tak boleh nak disanggah lagi kesedapannya. Kalau anda nak tengok resepi yang hebat2 dan gambar yang cantik2 sila le ke SINI.

Oh ya hari ni gembira sebab Kak Jee sudi jadi teman kita yang ke 139. Macam tak percaya je. Apa2 pun terima kasih pada Kak Jee kerana sudi berkunjung ke sini. Suka sangat skodeng dapur Kak Jee sebab ada macam2 cerita kat SITU. Ok le malas nak menceceh lagi sebab perut dah berdondang sayang. Kepada sapa2 yang rasa nak makan karipap boleh le cuba resepi ini.


RESEPI KARIPAP INTI SEDAP
Sumber: http://www.myresipi.com/top/detail/8677

Bahan-bahan ( 20 biji )
  • 250g tepung gandum
  • 2 sudu besar marjerin - panaskan (klu nk buh semua myk panas pon bleh)
  • 2 sudu besar minyak masak - panaskan
  • garam
  • air
INTI
  • 5 biji kentang@keledek - bleh juga dicampur
  • 200g daging@ayam cincang@ peha ayam boneless potong kecik2@ bleh nk masukkan tulang2 ayam skali, tp masa nk isi inti asingkan la tulang2 tuh. cara yg nih lg sedap!
  • setangkai daun kari dan daun sup cincang halus
  • 2 biji telur rebus - di belah 6/lebih setiap biji @ potong dadu
  • 2 1/2 sudu besar kari ayam/daging - bancuh dgn sedikit air
  • 1 biji bwg besar
  • 2 ulas bwg putih
  • garam
  • gula - jika perlu
  • air
Cara-cara
  1. Untuk membuat kulit karipap - campurkan tepung, marjerin,minyak masak yang telah dipanaskan (utk mendapatkan kulit karipap yg rangup). Gaul rata gune sudu sbb panas.Bancuh garam dan air. Masukkan sedikit2. Uli doh hingga boleh dicanai dan mudah ketika mengelim.
  2. Untuk buat inti - kentang@keledek dikupas dan dipotong dadu dan ketepikan.
  3. Blend bawang besar dan bawang putih. Tumiskan bhn2 tersebut dan juga daun kari hingga naik bau. Masukkan pes kari dan kacau rata. Kemudian masukkan kentang@keledek, ayam@daging, air dan garam secukup rasa. Rebus sehingga kentang empuk dan ayam@daging masak dan air kering. tutup api.taburkan daun sup.
  4. Apabila inti telah sejuk, boleh la mulakan proses mencanai. Asingkan daun kari dan juga tulang2 ayam jika ada.
  5. Masukkan inti kentang dahulu dan buh satu hirisan telur tadi dan tutup serta kelim@cetak mcm biasa. *telur rebus bleh juga dipotong dadu dan dcampurkan ngan inti kentang@keledek tadi.
  6. Goreng dengan api yang sederhana. Dah masak bleh la mkn....:)


    12 comments:

    Unknown said...

    karipap kalau kena intinya mmg sedap kan kak sam

    tun_telani said...

    nama pun dh karipap inti sedap. mesti sedap, kn =) dh lama x wat karipap nih... tunggu aura 'R' kak sam singgah kt tun.hihi

    Cik Puan Izan❤ said...

    kebetulan pula...saya pun buat karipap mlm tadi...

    kak sammmmm....ni nak bgtau akak...saya dah berjaya mempolo akak tau...^__^

    Mas said...

    kak sam..rajinnya buat karipap....
    nak 10 ketoi..he..he..

    ady said...

    as-salam
    petang2 kalau mkn karipap dengan secawan kopi..adoooooiii sedap betul...

    Sheery Dream Cakes said...

    Assalamualaikum kak sam...
    ermmm karipap tu nmpk sedap ler.. dah beberapa kali anak diana minta diana buatkan karipap... boleh try resipi nie.. tq kak sam.. :)

    Acik Erna said...

    sam..lama dah tak buat karipap..memang betul..akak suka makan karipap..jika inti dia sedap..

    anymz said...

    wah,sam sudah makin rajin buat homework ya..hehe..
    bak mai 5 ketui.tu mas mintak banyak sgt..tu dia nak melantak ke hapa tu ..kahkahkah

    Kak Sam said...

    Yus..
    betul tu

    Tun...
    Aura akak mai masa hujung minggu je. Nak ke nan akak pos.

    Izan..
    Sehati nampaknya kita. Tq

    Kak Sam said...

    Mas..
    Napa tak minta 20 ketui..

    Ady..
    Betul tu.

    Diana..
    Sila..sila..sila. Pastu ucap terima kasih kat cikgu ina

    Kak Sam said...

    Kak Erna..
    Betul tu.

    Kak Anymz..
    Saya pos kat akak 10. Tunggu posmen mai yea.

    sitiezahim said...

    hehe memang sedap karipap kak hana ni..gegegegeg