Assalamualaikum semua...
Amacam rindu tak kat kita? Hehehe tak rindu pun tak pe tapi kita rindu sangat nak selongkar rumah @ tanah anda semua. Jangan risau yea bukan dah pencen tapi tak berkesempatan nak menjengah blog yang tak seberapa ni. Alhamdulillah hasrat pulang ke kampung menziarah apak, umi n abah tercapai. Walaupun hanya seketika namun dapat melepaskan rindu anak menantu dan cucu kepada orang tua. Pulang ke Pasir Salak pada hari sabtu dan kebetulan pula jiran mengadakan kenduri sempena 7 hari pemergian suami tercinta. Menjadi tradisi di kg kita kalau ada majlis sebegini para tetamu yang hadir akan diberikan PULUT HEBAT. Tak pasti dari mana datangnya nama itu dan apa cerita disebaliknya. Cuba juga tanya pakcik google tapi masih tak dapat jawapannya.
~Pulut Hebat~ |
Pada hari ahad semasa dalam perjalanan ke Kg. Bahagia berkesempatan singgah sebentar di kedai Cendol Pak Din. Cendol ni memang dah wujud lama dulu di Stesen Bas Kg. Gajah. Mula mengenalinya semasa di sekolah menengah dimana dulu cendol ini diusahakan oleh Pak Din dan kini diwarisi oleh anaknya. Uniknya kedai ini hanya menjual air cendol, abc dan kacang kuda rebus. Harga memang murah 2 gelas air cendol dan 1 gelas abc hanya RM2.80 sahaja. Lupa nak nak tanya harga setiap satu. Dulu kalau tak silap segelas hanya 60 sen sahaja. Ok le kepada yang berminat boleh le ke Pekan Kg Gajah dan berkunjung ke kedai ini yang terletak di belakang Pasaraya Halida.
11 comments:
Cendol ker, ABC ker semua saya suka! Mesti nak try kalu jumpa kat mana-mana.
Pulut Hebat tu kalu di kampung saya, biasanya time kenduri gotong royong, makan masa sarapan pagi.
Inti nyor manis tu yang sedap tuh.
Kerjaya: Bukan Selamanya Kita Hebat...
perghhh sedapnya pulut dan cendol tu...terliur dah ni....hehe
Kalau balik Teluk Intan nak g carilah cendol pak din ni kat stesyen bas kg gajah lagi ka?
assalamualaikum sam..nak bgtau raga yg boh popcorn semlm tu akak beli kat Giant sabtu lepas..la ni depa dok clearance stock..senduk2, acuan kuih, acuan tart semua lelong murah2..rm2, rm3..pi la beli habiskan duit gaji yg ada...hahaha
AA..
Ya betulll...
Nieza...
Tengok je le ye.
Cik Mimi..
Haah.
Kak Pia..
tq 4 the info. Hehehe mari kita serbu
salam kak sam..
wah tayangan kak sam hari ni mendera akak ni huhu
wahh...lama tak pekena cendol..sedapnyerrr
assalam sam..macam pulut inti kan.
nampak cendol dalam gelas tu..tak sabo rasanya akak nak pi makan cendol
Kak Sam
sungguh la kiut tu pulut hebat :)
sedapnya. next week nak gi Sri Manjung. kalau sempat boleh la gi kg gajah.
Post a Comment