MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, April 10, 2011

Rio & Custard Teacake

Assalamualaikum...
Tadi hubby ajak bawa anak2 menonton Rio kat Queensbay. Rasanya memang dah lama tak tengok wayang kalau tak silap last tengok cerita Transfomer. Aqil memang suka bird jadi sesuai le cerita dengan dia. Bila kat dalam paggung aqil tengok opening & ending jer. Yang kat tengah2 tu dia duk berdengkur. Kami 3 orang yang gelak sakan. Apapun cerita ni memang best dan sesuai ditonton seisi keluarga. 
 Lepas tu terus pergi tesco sebab hubby nak beli pampers aqil. Dah alang2 pergi tu sempat jugak le cari barang dapur demi untuk mengisi esbok yang ketandusan tu. Yang syoknya masa kat tesco sempat memerhatikan gelagat 1 pasangan yang sibuk mengambil ayam dan ikan Reduce To Clear. Bayangkan penuh 1 troli dengan benda2  tu jer. Rasanya diorang meniaga kut, kalau betul cepat le diaorang kaya.  Macam mana pulak ngan pelanggan yang datang makan, sedap ke? 

Ok le tak mahu berfikiran lebih jauh lagi. Balik rumah terus masuk dapur demi melunaskan impian untuk menikmati keenakan custard teacake yang menjadi bualan seantero dunia. Bila dah keluar daripada loyang, alamak sangat ho*** rupanya. Kenapa leh jadi cam gitu erk?. Rasanya loyang yang digunakan tak sesuai dengan kuantiti adunan kut. Nampak sangat peralatan kat dapur tu tak cukup lagi. Tak pe le hari tu masa merayau2 kat kompleks dato' kailan sempat masuk 1 kedai ni yang menjual pelbagai perlatan memasak. Ada pelbagai bentuk loyang yang terdiri daripada pelbagai saiz. Insyaallah kalau ada rezeki memang nak beli sikit2. Dalah le tu tengok stok SRF telah diserang oleh makhluk asing. Tension betul. Tapi ianya tak menghalang untuk aku terus berusaha. Mula buka DTS tapi bila dah jadi macam gitu terus cari dapur yang telah menderhakakan resepi tu. Jumpa kat Duniaku. Apalagi misi diteruskan. Walaupun kek yang terhasil tak seperti orang lain tapi rasa memang mantap. Kiranya tercapai jugak le keinginan yang telah lama dipendam.Ok le ambik jugak resepi kat dapur mas, nanti kalau dah ada loyang baru dan saiz lebih kecil boleh buat lagi.
RESEPI CUSTARD TEACAKE
Resepi asal : Kak Ida - 1001 resepi
Sumber : Hasue dan CMG dan Mas

Bahan Kek :
  • 125 gram mentega - Mas ikut hasue guna marjerin
  • 1/3 cawan gula halus @ gula kastor
  • 1 biji telur gred A
  • 3/4 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)-hasue guna 1/2 cawan tepung gandum+1 sudu kecil b.powder
  • 1/2 cawan tepung kastard
  • 1/2 camca teh esen vanilla
Bahan Kastard : ( Mas ikut hasue buat 2 adunan filling nih utk sebiji kek.. ) : i follow
  • 1 camca besar tepung kastard
  • 1 camca besar gula kastor
  • 2/3 cawan susu segar (mat guna 70% susu sejat IDEAL + 30% air)
  • 15 gram mentega (kurang lebih 1 camca teh)
  • 2 camca teh esen vanilla
Cara Membuatnya :
  1. Untuk Kastard : Satukan semua bahan untuk kastard kecuali mentega dan esen vanilla. Kacau rata dengan whisk dan masak dengan api perlahan sambil terus dikacau hingga pekat. Padam api, tambah mentega dan esen vanilla, kacau rata dan biar sejuk. Ketepikan.
  2. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser tin bulat saiz 7 inci (mat guna acuan kaca macam dalam gambar). Ketepikan.
  3. Putar mentega dengan gula halus hingga berkrim, masuk telur dan putar hingga kembang. Tambah esen vanilla. Perlahankan kelajuan, masukkan tepung naik sediri + tepung kastard sedikit demi sedikit hingga habis. Gaul rata.
  4. Masukkan 1/2 adunan ke dalam bekas yang telah disediakan, ratakan dan buat sedikit lubang ditengah2nya. Tuang kastard, ratakan dan tutup dengan baki adunan, ratakan dan bakar selama 30 minit atau hingga masak.
  5. Sejukkan sebelum dihidangkan. Jika suka boleh ayak gula aising atas permukaan kek sebagai penyeri...Selamat mencuba!!!
Kepada blog mas-duniaku selamat menyambut ulangtahun yang pertama. Semoga ikatan silaturahim yang terjalin ini akan diberkati dan membawa kebaikan di dunia dan akhirat. Insyaallah. So akak ambik erk bunga tu gantung kat sini.



      7 comments:

      Nadz Nazharzan said...

      Salam Kenal Kak Sam..
      Tq kak dah 2 kali komen akak ada di blog Naz.. Sempena perkenalan ni, Naz minta akak amik award dari blog Naz ye tp tak yah buat tag tu.. Jemput ye kak..Kalau boleh nk bg semua org tp tak tertulis la pulak heheheee.. Ni linknye:http://ovenkecil.blogspot.com/2011/04/thanks-nieza-dear.html

      Nadz Nazharzan said...

      Salam lagi sekali kak..Naz 4llow dan link akak ye kat blog naz..

      Chik Mimi said...

      Ler nape tak colling2 boleh g makan tea cakes tu sesama

      Love2cook Malaysia said...

      Wahhh kek ni dah sampai rumah akak yer! Sedap kan...;)

      Unknown said...

      HA SEDAP MESTI PUNYA....!!!! dAH BUAT TPI EXCITED PUNYA PASAL...HANGAT 2 DH KELUAR DR ACUAN.....CUSTARD KELUAR DR KEK MCM LAVAR...GUNUNG BERAPI.....PUNAH KEK KU...

      Unknown said...

      kek tu memang sedap kak...saya dh buat versi derhaka punya..hehe

      sitiezahim said...

      hai kak sam..saya dah lama x tgk wayang, sejak dtg german..huhu..windunyeee...btw kek kastard tuh dah ramai yg cuba kan..saya aje tah bile..hihihic