Assalamualaikum....
Ingatkan malam ni tak dapat nak mengadap pc sebab si kecil aqil tu meragam mula dari pukul 8.00 lebih tadi. Baru sat ni dia lena. Macam2 cara di buat untuk memujuknya tetapi gagal. Memang menguji kesabaran betul. Ingat malas nak buat apa2 kira nak tidur jer tapi memikir ada teman2 baru yang berkunjung ke sini maka cari kekuatan untuk membalas kunjungan. Ada beberapa homework yang telah disiapkan tapi nanti le bila mood dah ok baru nak buat tayangan.
Sekarang ni cabaran sebenar ditempat kerja semakin kelihatan. Berdasarkan kepada pemerhatian yang dibuat dalam tempoh sebulan setengah ni pelbagai karenah kakitangan bawahan dapat diperhatikan. Berdasarkan kepada cerita yang di dengar aku adalah merupakan wanita pertama menjadi ketua di bahagian tersebut. Pada satu masa dulu bahagian ini memang ditutup untuk kaum hawa kerana tugas yang dilakukan agak lasak. Tapi itu tidak mematahkan semangat untuk aku terus berkhidmat kerana aku sememangnya suka kepada cabaran dan suka belajar perkara2 baru. Alhamdullillah ketua jabatan sentiasa memberi sokongan. Tak pe la rasanya sebelum ni aku pernah menempuh perkara yang lebih teruk jadi tak perlu dirunsingkan sangat. Yang penting kita bekerja kerana Allah swt. Rasanya sekarang ni nak belajar ilmu psikologi pula. Mesti bestkan.
Oh ya hari ini perasaan saat gembira kerana tengahari tadi terserempak dengan teman yang dah hampir 6 bulan lebih tidak berjumpa. Dapat berkongsi cerita walaupun hanya seketika. Amat menggembirakan dan syukur pada Mu Ya Allah.
9 comments:
Assallamualaikum kak Sam..
Kak, si kecil aqil akak tu umurnya berapa?
smoga aqil sihat cepat..:)
Naz...
Setahun setengah
Siti..
tq
kerja itu satu amanah kan sis..
mmg seronok kalo jumpa kawan lama tak jumpa kan.. happy weekend...!!!
sam..kerja mana2 pun pasti ada cabaran kan..semoga berjaya.
macam mana dengan sikecik..dah ok ke..tak meragam lagi..
Qaseh
betul sgt tu. semoga ianya menjadi sebahagian daripada ibadat harian.
Mulan
sangat seronok. Sampaikan tak ingat nak lunch.
Kak erna..
demam ok dak. tapi suka buat perangai. sabo je le.
yalah anak mesti diutamakan
Tahniah!
buktikan, wanita juga boleh berkhidmat cemerlang sama seperti lelaki...
Post a Comment