MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, May 11, 2011

KHAS BUAT MEREKA......

Santai Bersama BEN ASHAARI

Assalamualaikum....
Sebenarnya malam ni takde mood nak buat n3. Tapi setelah gagal hantar email pada rakan sejawat maka skodeng le blog sifu2. Tetiba terrrrpandang segmen ni di blog en ben. Rasanya WAJIB join sebab saya adalah merupakan salah seorang juru.... di negara tercinta ini. Juru.... apa erk? Tak yah kut tulis kat sini cukup le sekadar memenuhi syarat yang ditetapkan. 

Macam mana nak citer erk. Masa dulu2 tak pernah pun terfikir bahawa saya akan bergelar seorang juru.... yang mana kerjayanya memang dipandang tinggi oleh masyarakat. Allah Maha Kaya. Dengan keizinanNya saya telah bergelar juru.... pada tahun 2000. Kerjaya yang mencabar mental dan fizikal sentiasa teruji. Kalau nak tahu lagi boleh le ke SINI.

Kenangan? Banyak sangat. Takpe le kongsikan sikit kenangan diawal kerjaya dulu. Setelah menamatkan pengajian saya memilih untuk berkhidmat di sektor swasta berikutan semangat untuk menyahut cabaran begitu berkobar2. Saya dihantar oleh majikan yang berpusat di kuala lumpur untuk bertugas di Rembau, Negeri Sembilan. Diberikan tempat tinggal dan kenderaan pacuan 4 roda. Tinggal di sebuah rumah teres 3 bilik sorang2. Disebabkan kawasan tersebut adalah merupakan kawasan baru maka bilangan rumah yang berpenghuni boleh dikira. Rumah di kiri kanan tidak berpenghuni. Rutin harian adalah pergi kerja pada waktu pagi dan pulang ketika matahari telah melabuhkan tirainya. Masuk rumah terus tak keluar2 sehinggalah keesokan harinya. Setiap malam arwah emak akan telefon memujuk  supaya saya berhenti kerja. Ye la masakan seorang ibu dapat tidur lena memikirkan anak gadis bersendirian di tempat orang. Setelah hampir setahun setengah berada di sana saya mengambil keputusan untuk berhenti demi ibu tersayang.

Ok le takat tu je dulu. Lain kali insyaallah akan saya kongsikan lagi.



    2 comments:

    Fahimah Mahayuddin said...

    Kak Sam jurutera kan? dari cara cerita imah agak2 la..Betul tidakan kak sam buat tu. bagi imahpun, dalam apa kita buat, yang paling penting restu mak ayah. Semoga akak berjaya dengan kehidupan dan kerjaya akak sekarang

    Kelab Kembar Malaysia said...

    singgah dan baca cerita juru!