MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, May 8, 2011

Untuk Mu Ibu

 Assalamualaikum...
Walaupun dah agak terlewat tapi nak juga sama-sama memeriahkan Hari Ibu pada hari ini. Bila terima ucapan daripada teman2 melalui sms dan juga fb rasa amat terharu. Tambahan pula alif menghadiahkan kad yang sangat menyentuh hati. Namun rasa sayu itu tetap singgah di hati mengingatkan arwah ibu tercinta  Sarifah binti Uda Mat Salih yang telah pergi mengadap ilahi kira2 5 tahun lalu. Saat2 terakhir bersama emak masih terpahat dihati. Pernah dikongsi di SINI. Semoga emak ditempatkan dikalangan orang2 yang beriman. Al- Fatihah....
Ku panjatkan syukur pada Mu Ya Tuhan kerana telah mengurniakan kepadaku sorang ibu mertua yang sangat hebat. Banyak memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam melayari kehidupan sebagai isteri dan ibu di dunia ini. Semoga umi cepat sembuh dan tabah menghadapi ujian ketika ini. 
Kepada anda yang masih mempunyai ibu, bahagiakanlah mereka selagi ada hanyatnya. Renungkan pengorbanan yang telah dilakukan bagi memastikan kita menjadi insan yang terbaik di bumi Allah ini. Tanpa mereka siapalah kita. 
Entah kenapa pada hari ini lagu ini sentiasa bermain diminda. 
Jadi kongsikan disini untuk tatapan anda semua.

Oh! Ibu
Kau disiram bayu pagi
Kehilangan terasa kini
Dan kesepian

Dan aku
Bagai purnama gerhana
Di ibarat lautan kering
Tiada tempat ku layarkan

Hasratku ini
Masih belum sempat
Kubuktikannya kepadamu
Ibu tersayang
Kucurahkan rasa hati

Ku tatapi potret mu berulang kali
Kurenungkan kalimah yang diberi

( 1 )
Tuhan Yang Esa
Ampuni dosa ibu
Tempatkan mereka
Di antara kekasih kekasihMu

( 2 )
Oh! Ibu
Kau kasih sejati
Kutaburkan doa
Untukmu ibu

( 3 )
Ampunilah dosaku
Sejak ku dilahirkan
Hingga akhir hayatmu

Saat ini
Kuteruskan hidup
Tanpa bersamamu ibu

( ulang 1, 2, 3 )

Ibu...

Nukilan:Rahim Othman/ Megat
Nyanyian: Kumpulan Exist


    2 comments:

    MamaFaMi said...

    Al Fatihah buat ibu Kak Sam. Semoga Allahyarhamah tenang di persemadian dan ditempatkan di kalangan yang beriman. Buat Kak Sam, selamat hari ibu...

    Cik Puan Izan❤ said...

    sedih bila teringat lagu tu...