MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, June 14, 2011

Gembiranya Pagi Ini

Assalamualaikum...
Gembiranya pagi ini kerana dapat bersarapan dengan vanilla muffin buatan sendiri.Tercapai juga impian untuk memuffinkan diri. Ingatkan susah sangat le nak buat muffin ni rupanya kacang sangat. (Kah..kah..kah kalau dah tak reti masak tu semua benda susah... alasan). Ni projek malam tadi. Kebetulan aqil tidur awal sebab tak de kawan nak main, abang dia pergi tuisyen. Apalagi terus tanya pakcik google. Bila tengok kat SINI, mak ai ramainya dah buat termasuklah sifu2 saya. Alhamdulillah hasilnya tak mengecewakan. Muffin ini di tapau dan dibawa ke pejabat untuk dinikmati bersama teman2. Simpan sebiji untuk aqil. Hehehe lepas ni nak pergi cari bekas muffin yang cantik2 dan nak buat lagi dan lagi. Ok le kepada sesiapa yang baru nak belajar buat muffin boleh le cuba resepi ni.Saya buat 1/2 adunan je dan dapat 16 biji muffin.


RESEPI VANILLA MUFFIN
Sumber: deenoos@myresipi.com 

Bahan-bahan ( 2 dozen muffin )
  • 8 tbsp mentega, dicairkan
  • 4 cawan tepung
  • 2 cawan gula
  • 2 cawan susu segar
  • 4 tbsp baking powder
  • 1 tsp garam
  • 2 biji telur
  • 1 tbsp esen vanilla
Cara-cara
  1. Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
  2. Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
  3. Bakar selama 20minit/180C.



    10 comments:

    CT Delima said...

    As'salam kak sam

    ni percubaan pertama ker..? alhamdulillah, cantik naik muffin tu. lepas ni boleh lah merempit kat dapur lagi ya. meh tukar dengan maffin ct kak :D


    sedapnya tengok kuih lompang tu..nyammm..nyammm

    nuwairani ismail said...

    assalam kak sam..pepagi lagi dh tayang muffin, xleh jadi ni..hihih...

    kalo 1st time buat, terus jadi, mmg seronok kan? pastu kalo bawak, bg kawan2 rasa, diorg ckp sedap, double seronok la pulak!

    Mas said...

    tahniah kak..
    memang menjadi mapin tu...
    cantik jerk kejadiannya...

    Diana @ Melley Mey said...

    Assalamualaikum kak sam..
    tahniah juga dr diana...
    diana x perna lg try resipi nie... nmpk sedap dan cantik muffin akak tu..

    cik cek said...

    Salam sam...pekabo ...sihat...alhamdulillah...

    lama betul kak cek tak menyinggah ke sini...maap ya...cuti sekolah yg sgt busy....Wah! bestnya vanila muffin...nyum2...yummmyyyyyy...:)

    K.Nor said...

    tahniah! akhirnya berjaya gak buat muffin ya... lps ni try banyak lg jenis muffin.. muffin la yg mudah dibuat,nak2 yg jenis godek2 jer tak perlu guna mixer

    Kak Sam said...

    tq semua.

    ady said...

    as-salam
    mabeles..cantik muffin tu..mesti sedap kan muffin ni..kalau nak lagi sedap gunakan fresh vanilla beans..

    Acik Erna said...

    Assalam sam..dah berjaya memuffin kan diri ye..ayat yang best tu..

    Nieza said...

    usihh sedapnya muffin tu kak...rasa nk ngap jer...hehe dapur akak dah kembali berasap dgn homework yg menarik...i like!..:)