MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, June 15, 2011

Mana Yang Betul ....

Sumber: Google
1. Lelaki kata perempuan tak boleh lakukan apa yang mereka buat.

2. Perempuan kata mereka boleh buat apa yang lelaki lakukan.

Apabila golongan wanita melakukan sesuatu kerja yang biasanya dimonopoli oleh kaum adam pasti akan banyak pertembungan yang berlaku. Kebolehan kaum hawa ini akan dipertikaikan. Mungkin lelaki merasakan kehadiran wanita akan menyusahkan kerja mereka terutamanya ketika teman sekerja ini bercuti selama 90 hari. Siapakah yang akan dipertanggungjawabkan untuk menanggung kerja yang tak pernah habis. Apabila anak sakit ibu yang bekerja pasti akan bercuti namun si ayah akan terus bekerja untuk mencari rezeki kerana ada orang yang menjaga anak sehingga sembuh. Keadaan menjadi bertambah rumit apabila pergerakan wanita terbatas dengan tahap keupayaan yang terhad. Mungkin ada yang tidak setuju tetapi itulah lumrah kehidupan. Apabila pekerja lelaki di tegur atau dimarah ianya akan berlalu begitu sahaja dan keadaan akan pulih seperti sedia kala namun apabila ianya berlaku kepada pekerja wanita pasti muka yang manis akan dimasamkan dan senyuman yang terukir pasti dipadamkan.  Jadi mana yang betul 1 @ 2?


    No comments: