MY IKLAN

MY IKLAN

Friday, July 8, 2011

Inilah Pasangannya.

Assalamualaikum...
Sepertimana yang dijanjikan inilah dia lauk tengahari semalam. Payah juga nak cari pasangan yang sesuai semalam sebab ayam yang telah direbus dan diambil air tidak dimasukkan sekali ke dalam nasi. Apalagi selongkar le dapur sifu2 dan terberkenan dengan resepi ni dan rasanya sesuai dimakan bersama nasi carrot yang enak itu. Minta maaf le yea kepada tuan empunya rumah sebab masuk tak bagi salam. Lagipun tengok dapur kat rumah tu macam dah lama tak berasap je. Hehehehe jangan marah yea. Ok le layan je resepi kat bawah ni tuan tanah nak berbakti kepada negara.


RESEPI AYAM MADU STICKY
source : Cikgu Ina

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam - potong kecil
  • 2 inci halia muda - parut
  • 5 ulas bawang putih - ketuk
  • 2 sudu besar kicap pekat manis
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 2sk maggi seasoning @ sos ikan - hana letak dua2
  • 1 sudu besar sos cili dan sos tomato
  • 3-4 sudu besar madu
  • 1/2 sk lada hitam
  • 1/4 cawan air
  • garam jika perlu

Cara-cara
  1. Gaul semua bahan dalam mangkuk kecuali air. Perap sebentar 10-20min.
  2. Panaskan kuali non stick dengan sedikit minyak. Masukkan ayam tadi dan juga sedikit air. Tutup dan biarkan masak hingga air kering dan terbit minyak dan sticky seperti ayam bakar.Sesekali balik2kan supaya tidak terlalu hangit.
  3. Sebelum matikan api, pastikan ayam masak, jika belum tambahkan lagi air dan masak lagi hingga kering dan sticky.
  4. Angkat dan buang lebihan minyak. Hidangkan.




      7 comments:

      cik cek said...

      Salam pagi Jumaat Sam...

      Sedapnya...kak cek nak seketullah...boleh ek...he he...lum bekpas lagi ni...:)

      CT Delima said...

      As'salam Sam

      memang sedap resipi ayam madu ni. rasanya pernah buat 2 kali dah. memang mendapat tempat dalam selera anak2 dan suami dirumah :D

      Mas said...

      akak..nak ambik ayam tu seketoi....
      akak tak nampak kan..he..he..

      Sheery Dream Cakes said...

      diana pun nak juga... tp x nak seketul ler... nak banyak ckit sbb irfan suka makan ayam gini.. heheheh

      ibundo said...

      salam sam,
      bundo ni baru dalam dunia masak masak. belum kenal ramai geng-geng masak. sudi2lah jenguk bundo selalu ye..
      bawak balik ayam tu dengan piring-piring sekali boleh?

      Juwita Jamaludin said...

      salam kak sam.. sedap ayam tu.. suka gak makannya.. ratah gitu je pun boleh

      HomeKreation said...

      Salam KakSam. Wah, ada lauk ayam, ni datang angkut semua empat2 anak makan kat sini sbb demo suka sgt lauk ayam camni....hehe