Assalamualaikum...
Kelakar sangat rasanya sebab setelah sekian lama berblog baru hari ini terfikir untuk add sifu2 & rakan2 blog dalam FB. Ketinggalan betul rasanya. Baru add beberapa orang dan antara yang telah terima adalah Tun Telani, Izah Daut & Mashitah Mas. Hehehe kelakar giler. Kepada yang belum terima sila terima cepat yea dan kepada yang belum tunggukan kemunculan saya di FB anda. Ngeh..ngeh..ngeh. Menu malam ni mee goreng basah campak2 lagi. Ye la sekarang ada tetamu di rumah maka segan le pulak nak snap gambo sebagai, jadi tak payah le cerita pasal resepi. Esok pagi tak tahu nak masak apa lagi tapi ada permintaan nak makan muffin coklat. Harap2 berkesempatan nak menunaikan hasrat bebudak tu.
Sambil2 buat n3 sambil2 menonton ESPNHD, World Netball Championship perlawanan antara Malaysia dan Singapura. Disebabkan ini siaran tertunda maka dah tahu le bahawa Malaysia kalah ditangan Singpura dengan 36-47. sebagai peminat sukan ini seboleh mungkin untuk tonton semua perlawanan yang disiarkan. Seperti yang dijangka perlawanan akhir adalah antara Australia dan New Zealand dan akan diadakan pada jam 4.30 petang esok. Berdasarkan kepada rekod lepas New Zealand telah mengatasi Australia bagi memenangi pingat emas sukan Olimpik. Memang suspen sangat masa tu sebab persaingan terlalu sengit. Jika dilihat corak permainan Malaysia dan Singapura memang jauh bezanya jika dibandingkan dengan jagoan2 tersebut, pergerakan yang agak perlahan dan kelihatannya seperti sedang keletihan. Dalam masa 5 tahun lagi mampu pasukan kita berada sebaris dengan pasukan2 tersebut. Tunggu dan lihat. Teruskan usaha dan Malysia pasti boleh.
My favourite player, Catherine Cox |
5 comments:
ni la org yg bernama samsiah yg add k.nor ya.. heheheheh
Assalamualaikum akak... mai selongkar umah akak ni... nak follow tapi x jumpa (*_*)
errrrrrr kite xde pesbuk kalau tak leh add jugak..
Saya pun tak tersempat nak semak sesapa yang perlu di add. Sebab jarang ada masa nak follow pergerakan FB. Laju sangat. :)
Sembilan Haribulan Julai: Rupanya Aku yang Terkulai...!
Kk samsiahhh.. Adeh yg smlm tu kak sam rupenyaa.. Hahaa..
kak sam, kalau nk cepat org approve perlu anta personal msg ckp ni kak sam.. hihi.. tun biasa duk tenung2, pastu tgk info dulu.. hehe..
Post a Comment