MY IKLAN

MY IKLAN

Saturday, July 16, 2011

Kelam kabut punya pasal

Assalamualaikum....
Siap juga homework yang ini. Minta maaf yea Cikgu Nor sebab tak datang kelas hari tu. Alasan? Errmmm saja memonteng sebab takut kena berdiri atas kerusi. Almaklum le banyak sangat homework yang belum siap. Terima kasih pada nieza dan hasue sebab bagitau ada homework ni. Rasanya mesti dapat 30/100 je sebab tak ikut betul2 apa yang cikgu ajar. Kiranya tak paham arahan le tu. Cikgu ajor buat bentuk bulat tapi kita bukan suka2 hati buat 4 segi ini tapi dah kelam kabut jadi buat ikut dan je. Manakan tidak masa kat dapur alif duk bising menuntut janji untuk bermain badminton bersamanya. Nasib baik inti dah buat masa sediakan hidangan makan tengahari. Lepas je menikmati keenakan sandwich ni terus turun ke bawah untuk melayan dia bermain. Rasanya semua setuju kut detik yang paling bahagia dalam kehidupan adalah ketika bersama dengan anak2. Lagipun bagi peluang kat baba menonton perlawanan bola sepak antara Malaysia & Liverpool F.C. Disebabkan mama lambat turun jadi bila azan maghrib berkumandang baru naik ke rumah balik. Kepada Cikgu Nor harap boleh terima alasan di atas. Janji lain kali buat bagi cantik lagi.


RESEPI BAKED SANDWICH
sumber: Madiha & K.Nor

Bahan Kulit/Casing
  • Roti gardenia secukupnya
Bahan-bahan Inti
  • 1 biji bawang besar, dicincang
  • 2 biji bawang putih, dicincang
  • 1/2 camca serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 200gm - 300gm isi ayam, dicincang
  • 5 biji cendawan butang (dlm tin) , dipotong halus ~ saya tak letak
  • 1 biji telur
  • Garam & gula secukup rasa
  • Cheese secukupnya (MaDiHaA guna mozarella cheese) ~ k.nor guna slice cheese ~ saya ikut kak madihaa
Kaedah penyediaan
  1. Lenyek atau gelek roti hingga nipis masukkan dlm acuan dan buangkan tepi lalu dibakar 7 – 8 minit.
  2. Tumiskan bawang-bawang. Masukkan sos tiram. Kacau sebentar dan masukkan lada hitam. 
  3. Masukkan ayam & cendawan. Tumis sehingga masak. (jika perlu tambahkan sikit air untuk bagi ayam betul2 masak). 
  4. Pecahkan telur dan kacau-kacau sehingga rata dengan ayam dan cendawan.
  5. Perasakan dengan sedikit garam dan gula. Biarkan sehingga kering. 
  6. Isikan dalam kulit roti dan taburkan cheese secukupnya. Bakar sebentar sekadar mencairkan cheese. 
  7. Sedia dihidangkan.. lebih enak dimakan waktu panas2 kerana roti rangup.. jika dibiarkan lama roti sedikit lemau.. tetapi masih enak dimakan


    6 comments:

    K.Nor said...

    salam sam.. ok dah tu walau tak masuk kelas aritu.. ni tiru homework sapa ek.. hehe

    tkper.. tk kena rotan, sbb dah hantar homework walau tak dtg kelas.. sedap kan :)

    Amie said...

    Kak Sam,
    sana-sini Amie nampak resepi tu... teringin pulak nak buat, masuklist dulu...

    Kak Sam said...

    kak nor..
    tq..tq..tq. Hehehe nanti nak antor 1 lagi.

    Kak Sam said...

    Amie...
    try le tak rugi punya.

    Acik Erna said...

    assalam sam..dah jadi ye..akak masih menunggu lagi..sebab inti tak buat2 lagi..

    Sheery Dream Cakes said...

    Assalamualaikum sam...
    dah buat dah yer.. akak juga yg masih x buat2 walaupun asyik tergoda jer tgk org lain buat... sedap2