MY IKLAN

MY IKLAN

Thursday, July 14, 2011

Maafkan mama...

Assalamualaikum....
Semalam dapur tak berasap sebab alif ajak singgah makan tomyam poktek di Pak Husain Tomyam. Kebetulan pula 13 Julai adalah hari lahir hubby jadi tunaikan je le permintaan dia. Masa dalam perjalanan pulang alif berpesan supaya dikejutkan untuk bangun sahur sebab dia nak berpuasa pada hari ini. Terasa malu dengan dengan diri sendiri sebab mama pun malas nak berpuasa tapi dia yang hanya berusia 7 tahun memasang niat untuk berpuasa pada bulan yang mulia ini. Entah dimana silapnya permintaannya tidak tertunai. Apalagi mengamuk sakan le dia pagi tadi. Terasa amat bersalah dan berkali-kali memohon maaf daripadanya. Semoga pertengahan bulan syaaban ini dapat dimanfaatkan sebaiknya dan dapat memberi contoh terbaik kepada anaka2.

Sekadar renungan bersama:-

Nisfu Syaaban (Nisf bermaksud separuh) adalah peristiwa hari ke-15 dalam bulan Syaaban tahun Hijrah. Umat Islam mempercayai yang pada malam Nisfu Syaaban, amalan akan dibawa naik oleh malaikat untuk ditukar dengan lembaran amalan yang baru setelah setahun berlalu. Nabi Muhammad s.a.w. menggalakkan umatnya untuk bangun malam dan berjaga serta beriktikaf sepanjang malam kerana tidak mahu amalan diangkat dalam keadaan tidur atau lalai.
Fadhilat Nisfu Syaaban
  1. Membaca Surah Yasin sebanyak tiga kali pada malamnya.
  2. Mengadakan Qiamullail.
  3. Berpuasa pada siang harinya.


    4 comments:

    mrs kayrul said...

    dulu masa belum kahwin rajin gak la buat puasa sunat nie..bila dah kahwin, malasnya...bagusnya anak akak..kecik2 dah pandai nak puasa sunat

    Zalieda Zaliedana said...

    Assalam kak baguihnya aliff kcik2 dah nak berpuasa sunat kan..Sy pon selalu mkn kat pak hussin kalo mls msk,ayam mangga dia sedap lah..

    azieazah said...

    Sejuk hati perut membaca... Beruntung Kak Sam ada anak baik macam Aliff.


    Wordless Wednesday: Siaran Tertunda 13 Julai...

    Juwita Jamaludin said...

    bagusnya alif ni... suka dengar... sejuk hati ibu yang mengandung