MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, July 6, 2011

SELAMAT ULANGTAHUN

Assalamualaikum...
Selamat Menyambut Ulang Tahun ke-10 kepada IKIM.fm. 
Teruskan usaha untuk meningkatkan kefahaman mengenai islam secara interaktif.
Sebenarnya sebelum ni radio ikim bukanlah pilihan disebabkan masa untuk mendengar radio adalah terhad dan kesempatan yang ada digunakan untuk mendengar alunan muzik dan hilai tawa juruhebah-juruhebah  popular sahaja. Namun semenjak ditukar ke tempat kerja baru dan masa dihabiskan hampir 2 jam sehari dalam kereta saya memilih untuk mendengar radio IKIM. Alhamdulilah banyak manfaat yang diperolehi seolah-olah saya menghadiri majlis ilmu setiap hari. Setiap jam 7.30 pagi pasti ternanti2 motivasi pagi yang pastinya akan menjadikan saya insan positif pada hari tersebut. Di kala badan keletihan menuju ke rumah saya dihidangkan dengan program yang menarik seperti keluarga sakinah, mahligai kasih dan banyak lagi. Ditambah pula dengan alunan suara membaca Al-Quran dan dendangan lagu-lagu nasyid yang mengasyikkan. Semoga rasa kecintaan terhadap radio ini tidak akan pudar. Semoga IKIM.fm terus sukses dimasa-masa akan datang.



    1 comment:

    Unknown said...

    lama dah tak dgr radio IKIM ni tapi memang bestla...:)