MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, July 17, 2011

Terima kasih Anna


Assalamualaikum…..
Sambil duk menunggu masa nak siapkan juadah berbuka jadi duduk mengadap lappy. Sambil mengarang sambil jalan2. Sebelum ni duk guling2 baca cerita teman2 blogger yang cantik2 belaka. Pelbagai kisah dikongsi bagi mengeratkan tali silaturahim sesama teman dialam maya. Tiba2 Anna Qawina telah memberikan homework yang tersangat susah ini. Demi tidak mengecewakan insan yang sedang menunggu hari tu maka siapkan dulu homework ni. Maaf yea sifu2 semua sebab tak ikut barisan. Kalau ikutkan homework ni entah yang ke berapa ratus dalam senarai. Ok le layan jer. Macam mana na mulakan yea.

Satu
Nama penuh saya boleh tanya mas, kak nor, tun, noorsha, izah daut dan mereka2 yang dah terima saya di FB. Dilahirkan pada tahun 1978.

Dua
Mempunyai 4 orang abang, 4 orang kakak, seorang adik lelaki dan seorang adik perempuan. Kira le sendiri dimanakah saya. Berkahwin dan telah melahirkan 3 orang putera alif, aiman dan aqil. Namun aiman hanya singgah dibumi ini selama 9 hari sahaja.

Tiga
Dilahirkan disebuah kg tempat J.W.W Birch dibunuh oleh Dato’ Maharajalela pada 2 November 1875. Pernah tinggal di Rembau selama setahun, di seremban 1 ½ tahun dan kini tinggal di Pulau Pinang sejak 8 tahun lepas. Insyaallah jika panjang umur akan bermastatutin di sini sehingga suami pencen. Harap2 jangan le saya ditukarkan ke negeri lain.

Empat
Pasal fizikal pula memang agak tinggi. Kalau jumpa kak nor ku sayang mesti ketara perbezaannya. Dulu bercita2 nak jadi pramugari tapi arwah mak tak setuju. Masa sekolah rendah tak boleh nak pakai uniform pandu puteri sebab tak sesuai, skirt jadi pendek. Masa di tingkatan 4 cikgu tak benarkan saya sertai persembahan sukma sebab kepala saya terjojol keluar. Tensen je. Baju kurung pulak tak boleh beli dah siap sebab kain singkat. Kalau beli kain ela kena yang takde kaki sebab nanti tailor susah nak jahit. Kalau terbeli juga alamatnya jadi baju kurung kedah je le.

Lima
Nampak garang tapi baik. Keh..keh…keh. Betul kalau orang tak kenal pasti kata saya ni sombong tapi kalau dah kenal sendiri mau ingatlah. Tapi memang le saya ni susah nak mesra. Kalau buat bisnes pasti tak menjadi sebab tak reti nak promote.

Enam
Sangatttt tak reti masak. Sekarang ni baru nak belajar. Ye la dulu kalau nak makan apa2 cuma bagitau je mesti akan ada orang buatkan. Kiranya anak emas le konon. Tak kuasa. Bila dah tua2 ni baru nak bertaubat. Apalagi nak masak je kena bukak resepi.

Tujuh
Lepas grad pada tahun 2000 terus bekerja di sektor swasta sehingga tahun 2009. Lepas tu diterima berkhidmat di sektor awam sehingga sekarang ni. Kalau nak tahu kerja saya boleh le ke SINI.

Ok le cukupp kut. Kalau rasa tak cukup boleh tanya erkkk. Kena tag ke? Nanti le yea sebab nak pergi masak cempedak goreng buat berbuka nanti.


    9 comments:

    Nieza said...

    best baca kisah kak sam ni...muda sethn dari saya jer kak...:)

    nuwairani ismail said...

    ada ke pulak suruh org kire2..hihih...lucu kak sam ni.. apapon, best dpt kenal kawan2 blogger yang sporting morting ni...kalau saya berdiri di sebelah kak sam ni, konfem ketara mcm pokok kelapa dengan serai kot...kikiki

    kasihredha said...

    salam kenal...akak dah follow.
    best baca cerita kat atas...

    Puan Ros @ Tadika Sinaran Intelek said...

    Sam.akhirnya siap juga homework ni ya.Kalau kak ros berdiri sebelah sam grenti jadi si ketot kot....biar satu badan panjang.jangan tangan panjang deh la kan?????????????????

    tun_telani said...

    hahahaha... baca yg nombor 4 tu mmg nk tergolek2.. tun pun tinggi gak dr sekolah.. rasa2nya darjah 6 tu antara yg plg tinggi. tp tumbesaran slow lepas tu.. hihi

    Diana @ Melley Mey said...

    Assalamualaikum sam..
    kalau ler x bertemu kat fb ari tu mesti masih lagi panggil sam akak.. uwaaa.. rupanya diana yg akak.. Hehehe...

    quinnie said...

    ler sebaya rupanya kaksam ni...heheheh...salam kenal...:)

    Mamasya said...

    Assalammualaikum Sam. Muda lagi Sam dari saya rupanya...dah tak panggil k.Sam lepas ni..hi..hi.Ramai adik beradik Sam....seronok semua berkumpul.

    Diana @ bilakukatacinta said...

    salam kenal sis...