MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, August 23, 2011

Assalamualaikum.......
Kukis raya lagi, Walaupun biskutnya biasa-biasa saja tapi bagi orang yang baru belajar memang luar biasa. Lagipun boleh le tambah koleksi di sini. Sebelum ni kalau tempah kuih raya biskut ini antara yang wajib dan biasanya alif je makan sampai habis. Alhamdulillah biskut semperit yang mama buat dia boleh terima. Kalau sempat cadangnya nak buat lagi. Perancangan asal hari jumaat ni dah mula cuti sebab nak buat biskut raya tapi malangnya KN nak rasmi 1 jalan yang baru disiapkan pada 27.8.2011. Jadi cuti pun dibatalkan dan perjalanan balik ke kg akan dimulakan pada petangnya. Harap2 sempat le berbuka dengan apak hari tu. Ok le layan je resepi biskut yang simple ni.


RESEPI BISKUT SEMPERIT
Sumber: Nziela@myr

Bahan-bahan ( - )
  • 300g butter
  • 160g gula aising
  • 100g tepung jagung
  • 160g tepung kastard
  • 240g tepung gandum
  • 2 biji kuning telur


Cara-cara
  1. Pukul butter, gula aising hingga kembang.
  2. Masukkan kuning telur, kacau sebati.
  3. Masukkan semua jenis tepung, gaul dan uli sebati.
  4. Terap atas loyang. Untuk hiasan ceri, coklat rice atau coklat chip, boleh letakkan sekali.
  5. Bakar 150C selama 20 minit.


    10 comments:

    Mas said...

    wahh..banyak dah kukis akak ni..
    rajinn betoi akak sorang ni..

    Lieza said...

    Makk aiii Sam...rajin tul buat kukis dah mcm2 dah kukisnya...akak dah stop dah buat 3 jenis jer..samperit ni nampak sedap nih...

    Mamasya said...

    Aslmkum Sam

    Menariklah bentuk biskut semperit Sam ni...kelopak bunganya lain dr yg biasa sy tengok..guna acuan biskut dahlia jugak ke...

    Deliah's Deli said...

    kemas,teliti..setuju ngan mamasya. :) sy suka biskut yg cair di mulut ni,best!!

    Qaseh Dalia said...

    owh ni lah kueh semperit ..

    Kak Sam said...

    Mas....
    hehehe memang tengah semangat mengukis la ni. Nanti kalau di hilang payah nak mai balik.

    Kak Sam said...

    Ezadlieza...
    La ni tengah test market kat rumah. Tu yang cuba pelbagai jenis kukis. Nampaknya semperit ni mendapat sambutan dan harus dibuat lagi

    Kak Sam said...

    Mamasya...
    Acuan macam biskut dahlia tu cuma dia ada gerigi je.

    Kak Sam said...

    Del..
    tq, alhamdulillah kukis ni menjadi kegemaran anak2

    Kak Sam said...

    Qaseh..
    Yap. Lain orang lain bentuknya.