MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, August 22, 2011

Nak buat jugak....

Assalamualaikum........
Bersua lagi dengan satu lagi kukis yang dibuat pada 2 hari lepas. Sebenarnya lama dah nak buat tapi tepung kentang tu payah benar nak cari. Pagi sabtu pergi JC terus ambik 1/2 kilo. Beli 3 barang je tapi beratur punya le lama. Nampak sangat semua orang tengah sibuk mengukis sekarang ni. Buat 2 adunan sekaligus. Jadi apalagi lagi jenuh le menggentelnya sorang2. Nampaknya sambutan kurang memberangsangkan nasib baik lagi jadi simpan elok2 untuk dibawa balik ke kg. Ok le nak kena sambung buat kerja sebab esok 2 hari tak masuk pejabat. Terima kasih kepada tuan empunya resepi.



RESEPI GERMAN COOKIES
cnp: Sinar Kehidupanku

BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 125 gram mentega
  • 125 gram tepung kentang/potato starch (boleh beli kat kedai baking)
  • 80 gram tepung halus (mat guna tepung gandum)
  • 40 gram gula aising, diayak
  • Secubit garam (resipi asal tak letak)


CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Satukan tepung kentang dan tepung gandun, ayak dan ketepikan. Putar mentega dengan gula aising hingga sebati, masukkan garam. Perlahan kelajuan dan masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga menjadi doh yang lembut. Rehat kan sekejap.
  2. Ambil sedikit adunan (mat guna 1/2 camca besar, sama macam Rima), kemudian bulat2kan dan susuh atas dulang pembakar. Celup garfu dalam air dan tekan atas bebola tadi hingga sedikit leper dan membentuk corak. Buat hingga siap.
  3. Bakar dalam oven yang telah dipanaakan pada suhu 175C selama 15 minit (mat tambah lagi 5 minit untuk mendapat biskut yang sedikit garing). Sejukkan atas jaringan sepenuhnya sebelum disimpan dalam bekas kedap udara....


    12 comments:

    Amie said...

    eeehhh... Kak Sam, nampak cantiklah warna kukis jerman kakak ni..., buat banyak-banyak ye... raya nanti nak serbu rumah Kak Sam!

    kasihredha said...

    wahhh...dah buat ye.
    Akak pun berangan2 juga nak buat biskut ni. Femes ni...semua teman2 dah buat :)

    Mas said...

    akak..cantik kukis....
    mas gak tak buat2 lagi kukis ni...he3

    tun_telani said...

    berapa adunan satu bekas tu kak? tun baru je nk wat ni.. hehe

    Diana @ Melley Mey said...

    cookies nie mmg sedap.. akak buat 6 adunan.. pertama 4 kali adunan n baru2 nie tmbh lg 2 kali adunan... mmg sedap sgt kan sam

    Kak Sam said...

    Amie...
    boleh aje tapi amie kena tolong bulat2kan sekali le

    Kak Sam said...

    KR...
    kak buat jangan tak buat. meriah sangat rasanya.

    Kak Sam said...

    Mas...
    Buat le cepat.... jangan tunggu2 lagi

    Kak Sam said...

    Tun..
    akak buat 2 adunan dapat sebalang setengah lebh kurang

    Kak Sam said...

    Kak Diana...
    rajinnya. saya pun cadang nak buat lagi tapi nak membulat sorang2 tu yang malas

    izahdaut said...

    hari semalam n hari ni rata2 semua tunjuk sekut german ni kan. sebenarnya kat rumah saya pun sambutan kurang jugak kat sekut ni. tak pasti kenaa. hehe..saya pun dah buat, nanti nak enty jugak

    Kak Sam said...

    izah...
    n3 jgn tak n3. Bertambah kemeriahannya