MY IKLAN

MY IKLAN

Friday, August 12, 2011

Jangan putus asa

Assalamualaikum......
Alhamdulillah dah 12 hari umat islam menjalani ibadah puasa. Semoga amal yang dilakukan diterima olehNya dan diharapkan juga ramadhan kali ini akan menjadikan kita semua manusia yang lebih baik dari sebelumnya. Sepertimana yang dinyatakan dalam n3 yang lepas, n3 seterusnya untuk ayam masak merah yang digandingkan dengan nasi minyak. Tapi terpaksa tangguh lagi kerana kesempatan kali ini nak kongsikan menu yang lain dari yang lain ni (bagi saya le yea). Pada sabtu lepas saya berazam untuk menikmati menu yang pelik ini semasa berbuka puasa. Tapi malangnya adunan yang diuli tidak naik2 sampai ke sudah. Sedih sangat masa tu. Berdasarkan kepada post-moterm yang dibuat puncanya adalah yis yang digunakan telah lama dibuka dan disimpan dalam bekas. Hehehe pandai2 je. Jadi nak tanya le kepada sifu2 dan teman2 yang baca n3 ni, macam mana yea kita nak simpan yis mauripan yang tidak habis digunakan?. Keesokan harinya buat sekali lagi dengan menggunakan yis yang baru dan alhamdulillah tercapai impian untuk menikmati DONUT SIRA SAMBAL  ketika azan maghrib berkumandang. Terima kasih pada Noorsha dan Hasue kerana kongsikan resepi yang sedap ini. Ok le layan je resepi yang saya CNP dari 1001 Cerita 1001 Rasa. Oh ya dalam hidup ini jangan mudah putus asa erk, cekalkan hati dalam menghadapi dugaan yang mendatang.


RESEPI DONUT SIRA SAMBAL


Bahan² untuk donat
  • 2 cawan tepung gandum
  • 2 sb margerin
  • 2 sb susu tepung
  • 2 sb gula halus
  • 1/2 sb bread softener
  • 1 st bread improver
  • 2 st yis
  • 125 ml air suam
Bahan² untuk sira
  • segenggan cili kering
  • 5 biji bawang putih
  • 2 sb gula pasir
  • 1 sudu makan cuka / air asam jawa
Cara² untuk donut
  1. Gaulkan semua bahan² kecuali air sampai rata, pastu masukkan air sedikit demi sedikit. uli sampai licin n tak melekat di mangkuk.Kalau adunan kering sangat, tambah air suam sedikit lagi.
  2. Biarkan seketika hingga naik 2 kali ganda.
  3. Bila dah naik, tumbuk² adunan untuk buang angin. sapa yg ada donut cutter boleh terus canai n terap. saya x de, so bulatkan adunan sebanyak 16 - 18 biji sama besar, buat lubang menggunakan jari.
  4. Sementara buat lubang adunan yg seterusnya tu, adunan pertama dah naik. habiskan membentuk donut baru digoreng. mulakan gorengan dengan donut yg mula2 dibentuk tadi hingga kuning keemasan.
  5. Toskan dan biarkan sejuk sebentar.
~Ini untuk mama & baba~
 Cara2 untuk sambal
  1. Blend lada kering dan bawang putih dan tumis hingga garing.
  2. Masukkan gula dan cuka. Gula terpulang pada citarasa samada nak manis atau tak. kalau nak manis, boleh tambah lagi.
  3. Kacau lagi hingga timusan garing sekali lagi. Kecilkan api dan buang lebihan minyak yg terhasil semasa menumis tadi.
  4. Dengan api yg pqaling kecil, kacaukan donat dengan sambal. teruskan kaedah kaup balik hingga sambal melekat pada kuih.
  5. Matikan api n sedia dihidang.
~Ni untuk Alif & Aqil~



    12 comments:

    Mas said...

    sabo jerk nengok donut bersira tu....
    mas suka...
    rasanya ala2 burger malaysia kan kak..

    Kak Sam said...

    Yab betulllll. Asyik2 duk makan donut manis je. Sekali sekala tukar memang best.

    Sheery Dream Cakes said...

    sejak dari ari tu lg dok tergoda ngan donut bersira nie tau... hari nie sam tayang lg... waaah... teringat balik dah... teringin akak nak buat ...

    nOOrsha said...

    salam kak..time kasih sudi cube resepi donut sira sambal tu yer... best kan... tengkiyu kak.. hope menepati citarasa sekeluarga :)

    suri solehah said...

    sedapnya nampak donat bersira tu..

    nOOrsha said...

    kak... hehe.. lupe nak cakap.. yis yg x abih guna tu selalunya saye ikan ketat2, masuk dalam bekas bertutup & simpan dalam peti ais untukk 'tidurkan' dia... kalau bile2 nak buat roti ke donut ke, baru keluarkan.. biarkan dalam suhu bilik sekurang²nya 12 jam atau lebih utk 'bangunkan' dia....cubelah yer.. ni tips dari mat gebu..die ade share dlm blog die aritu... so far saye punye yis elok jer walopun simpan dalam ice box bile ikut cara dia tu.. :)

    tun_telani said...

    sedap! nmpk gebu je donat tu.. kak sam beli yis paket besar ke? tun beli mauripan sepekat2 11g tu. alhamdulillah setakat ni xde la yis tu rosak lepas bukak. bila buka 1 tu, blh guna 2-3 kali depends on resepi, tun clipkan dan simpan kt luar je. kalau guna jenama lain selalu problem..

    K.Nor said...

    sam, k.nor pun simpan yis lebihan dlm esbok.. ikat dgn getah dulu pastu simpan gitu jer dlm esbok.. nak guna seeloknya penaikkan dulu yis tu dgn bancuhan air, sedikit gula dan sedikit tepung. biar berbuih dulu baru gunakan..

    ady said...

    as-salam Kak Sam
    comelnye donut tu kak..mengoda aje bulan puasa ni..

    Amie said...

    Kak Sam,
    Amie rasa yis yang digunakan tu dah masuk 'angin', tu sebab hasilnya kurang menjadi,

    hasil yang 'menjadi' tu memang sangat menggoda selera!

    kasihredha said...

    cutenya bentuk donut untuk alif & aqil tu :)

    Kak Sam said...

    Kepada semua terima kasih di atas tips yang diberikan. Saya amat menghargainya. *baki yis hari tu dah diikat dan simpan di dalam esbok. hehehehe tak mau pisang berbuah berkali-kali.