Assalamualaikum....
Pasti ramai yang sedang sibuk membuat persiapan untuk menyambut aidil fitri yang akan muncul kurang dari 10 hari lagi. Bagi saya persiapan pada tahun ini agak kurang meriah jika dibandingkan dengan tahun2 sebelumnya. Tak tahu le kenapa, nak pergi shopping pun malas. Minggu lepas pun keluar semata2 beli keperluan anak2 sahaja. Untuk diri sendiri langsung takde apa2. Adakah sebab umur dah semakin bertambah. Tapi 1 je yang pasti semangat mengukis memang membara2 sehinggakan perlu dikawal kerana ada perkara lain yang lebih penting dan perlu diselesaikan sebelum 25 Ramadhan. Harap2 dipermudahkan olehNYA. Pagi ni lepas subuh misi mengukis lagi. Hehehe tak lain dan tak bukan biskut coklat chip. Ni kali ke 3 buat. Memang best kalau ikutkan hati nak buat banyak2 dan bawa balik kg bagi semua orang merasa. Hehehehe rasanya 10 balang pun tak cukup. Masa 1st time buat saya guna scoop buah macam yang sifu ajar tapi macam lambat je rasanya. Kali kedua pulak guna scoop susu aqil, memang cepat sebab hasilnya punya le gedabak besar sampai hubby pun tegur. Kali ni sebab nak cepat jadi guna tangan je, bulat-bulatkan kemudian lonjongkan. Hasilnya.... ermmmm sangat suka kiut gitu, Aqil makan sekali ngap je. Tensen si abang sebab tak boleh nak merasa kerana dia berpuasa. Sampaikan mama kena janji simpankan sebab dia nak makan masa berbuka nanti. Rasanya macam kena bagi pengeras je kat Sifu Norazmihah agar ilmu yang diberikan akan berkekalan selama2nya. Kepada KAK NOR ku sayang apa erk pengerasnya?. Pulut kuning dengan ayam golek ke?. Ok le kalau nak resepi boleh le ke SINI atau pun terus ke dapur tuan empunya resepi di Kuala Terengganu.
12 comments:
akak....comei2 la biskut tu....
cantikkkk...
hihihi.. untung wehh org nak bagi pengeras.. boleh aje pulut kuning dgn rendang pun ok.. hehe
suka hati tengok sam dah jatuh cinta dgn kukis ni.. mudah dan sedap kan.. :)
psst!! ingatkan kes apa lah yg suruh datang gak kat sini tadi :)
K.Sam..sy pun tgh buat kuih nie...resepi k.nor gak..sedap kan...masuk kali nie dah 3 adunan sy buat...adunan 1st dah nak abis setengah anak2 makan....diaorng suka..mcm cipmore katanya.....:)
Amie pun minat dah bab kukis ni Kak Sam,
samalah kita kak, tahun demi tahun malas nak buat baju raya, sedia untuk anak-anak je...
Eh eh.. tangan sapa tuh? Tak posa yaaaaa? hehehe
Aslmkum Sam
Kukis choc chips sudah pasti kegemaran ramai....sedap ngunyah..tak cukup buat sikit.oooh ada food tester tu...hi..hi.
re; tk Sam wish blog anniversary.
Mas...
tq...tq..
Kak Nor...
Kita raya dulu pastu baru kita sembang panjang pasal pengerasnya.
Asyifa...
Memang kena selalu buat le sekut ni. Kalau dapat mengunyahnya memang tak sedar boleh abis sebalang.
Amie...
Mari kita belajar bersama2
AA... Tester tu penting. Kalau tengok laju je masuk mulut, mama pun laju je membuatnya.
Mamasya...
memang dah jatuh cinta betul ngan kukis ni.
Post a Comment