Assalamualaikum....
Cadangnya nak masukkan n3 kukis yang dibuat pagi semalam tapi malas pulak nak menaip sebab resepi diambil dari sebuah majalah. Nanti le dulu. Seronok tengok sekarang ni banyak dapur duk kongsikan kukis2 yang telah disiapkan. Kesempatan yang singkat ini saya nak kongsikan menu berbuka semalam. Macam tak caya je sebab pagi2 tu hubby request nak makan spaghetti masa berbuka. Nasib baik tak pengsan. Ye la dari tekak jati melayu terus tukar jadi tekak orang Itali. Demi kerana suami tercinta beli le bahan2 yang diperlukan ketika berada di Bukit Jambul. Kali ni guna resepi yang mutiarazura kongsikan di MyR. Hehehe bila dah tekak orang melayu makan apa2 pun mesti nak pedas apalagi makan le spaghetti bolognese berulamkan cili padi kampung. Semalam sempat juga menyediakan cecemik yang diidam-idamkan beberapa hari ni. Nanti jika berpeluang saya akan kongsikan di sini.
RESEPI SPAGHETTI BOLOGNESE
Sumber: mutiarazura@myresipi.com
Bahan-bahan ( 6 orang )
- 500 gram spaghetti (sepeket)
- 500 gram daging lembu cincang
- 200 ml susu
- 1 labu bawang besar kuning – dicincang halus
- 1 ulas bawang putih – dicincang halus
- 1 tin sedang tomato puri
- 4-5 tomato segar ranum - didadu
- 1 batang carrot – didadu kecil
- 2 batang celery – didadu kecil
- 1 tin cendawan butang – dihiris (optional)
- 1 kiub stok daging lembu (optional)
- 1/2 sudu teh herba Oregano kering atau Italian Mixed Herbs
- Sedikit garam dan gula secukup rasa
- 3 sudu besar minyak zaitun (kalau taknak beli boleh pakai minyak masak biasa)
- 2 sudu besar butter
- Parutan keju parmesan – untuk menghidang
NOTA : Resipi asal juga ada masuk 200ml red wine. Saya selalu gantikan dengan prune juice kalau ada bahan kat rumah. Tapi kalau tak ada I tak masukkan pun, ok juga rasanya, tak banyak beza.
Cara-cara
- Rebus 2 liter air dalam periuk besar, masukkan 2 sudu teh garam. Bila air mendidih baru masukkan spaghetti. Kacau sekali-sekala dan masukkan satu sudu teh minyak zaitun (atau minyak masak) agar pasta tak melekat. Bila pasta sudah lembut angkat dan toskan.
- Sos Bolognese : Gunakan periuk yang tinggi dan dalam. Panaskan minyak zaitun,masukkan butter dan kacau. Bila butter cair dan berbuih masukkan bawang besar dan bawang putih cincang. Jangan dibiar garing, cukup sekadar bawang layu.
- Masukkan daging cincang. Ketuk-ketuk daging biar semua hancur dan bentuk/saiznya seragam. Goreng hingga daging keperangan.
- Masukkan semua sayuran, goreng lagi hingga sayur-sayur lembut.
- Masukkan susu. Kuatkan api hingga susu mendidih, kacau selalu. Bila nampak semua susu telah diserap daging, masukkan tomato puri dan tomato segar. Guna tin tomato puri itu untuk sukat 2 tin air, tambah ke dalam kuah. Kacau sos sambil di tekan-tekan tomato yang nampak berbiji hingga hancur.
- Masukkan herba, kiub (jika guna), garam dan gula secukup rasa.
Biar mendidih lebih kurang 7 minit, kemudian perlahankan api paling kecil. Renihkan dengan periuk separa tertutup hingga sos pekat.
Boleh hidang dengan parutan keju parmesan.
NOTA : Orang Itali secara tradisi, merenih sos Bolognese sampai 4 jam! Kalau nak jimat gas, 2 jam pun dah cukup lama hehe. Saya cuma renih 1 jam kali ni, sos jadi pekat dan menyalut spaghetti dengan cantik sekali. Dan yang penting, rasanya authentic Italian!
4 comments:
sesekali k'sam erk tukar selera org itali lak...kt umah ida jer nasi wajib kak..tu yg tak buat menda mee ka, pasta ka...buat byk2 nanti tak habis gak..tak nak membazir
Salam kak sam! resepi mutiara zura ni mmg the best! suke guna resepi ni kalau buat bolognese nii :D budak2 pun suke :-) Selamat berbuka kak!
kak sam, tun kalau mkn spagetti mmg tumis cili giling dulu.muahahha.. ni bukan setakat tekak org melayu, ni tekak org kampung melayu.. kui kui
salam kak sam..wah lama ye kene reneh sos bolognese ni..nampak menarik leh saya cuba bila2 hehe...
Post a Comment