MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, August 16, 2011

Serupa tapi tak sama

Assalamualaikum....
Mata mengantuk sangat tapi gagahkan juga le untuk buat n3 ni. Bukannya apa tak sabar2 nak post puding yang sangatttttt sedapppp ini. Masa duk tengok kat dapur sifu2 dan teman2 musykil gak mana tauhunya, kat bahan2 tak de le pun. Bila dah buat baru tahu rupa2nya puding tu yang macam tauhu. Kepada yang belum cuba sila le segerakan. Sesuai sangat dimakan ketika berbuka puasa. Semalam puding ni digandingkan dengan mee goreng basah yang pedas gitu. Ok le tq Kak Nor dan minta izin kopipes kat sini.


RESEPI PUDING TAUHU
resipi original: K.Nor@SecubitGaram

Bahan:

utk puding:
1 paket agar2 serbuk@10gm sepaket
6 1/2 cawan air
1 1/2 sudu besar gula
1/2 cawan santan
1/2 cawan susu pekat
1/2 cawan susu cair
secubit garam
1 helai daun pandan

    utk kuah:
    1 tin laici
    1 tin air (guna tin laici sebagai penyukat)
    3 - 4 sudu besar gula

      Cara:

      utk buat puding:
      1. Masak air bersama serbuk agar2 dan gula serta daun pandan hingga mendidih.
      2. Masukkan santan, susu pekat, susu cair dan garam.
      3. Masak lagi hingga hampir mendidih (keluar wap yg banyak) dan padamkan api. Biarkan hingga suam.
      4. Tapiskan ke dalam sebuah bekas lain dan bolehlah dituangkan ke dalam acuan yg disukai.
      5. Biarkan sejuk dan masukkan kedalam peti ais sehingga hendak dihidankan.

      Utk kuah:
      1. Asingkan laici ke dalam bekas berasingan dan siat2kan sedikit.
      2. Masak air laici bersama 1 tin air dan gula hingga mendidih.
      3. Biarkan sejuk
      4. Masukkan ke dalam peti ais dan biarkan betul2 sejuk sebelum menghidang.

      ~Sebiji macam tauhu~

      Cara menghidang:
      Letakkan puding ke dalam sebuah mangkuk dan letakkan juga laici yg disiat tadi.
      Tuangkan kuah dan puding sedia utk dimakan.

      * puding ni boleh juga kalau nak dimakan dgn fruit coktail, cuma gantikan laici tu dgn fruit coktail ya.. bahan2 utk kuah tu yg lain2nya boleh guna sama cam dlm resipi.



        6 comments:

        tun_telani said...

        kak sam! mmg sedap ni. mama tun mmg suka sgt buat, lagi2 time puasa. mama tun pun wat dlm bekas besar pastu kerat2.. mmg nmpk cam tauhu..hihi..

        Amie said...

        Kak Sam,
        katakanlah waktu Amie balik rumah nanti, ada benda tu semangkuk dalam peti sejuk...oh! sekadar mengharapkan keajaiaban berlaku... hu hu hu...

        K.Nor said...

        mmg perfecto! sbb tu dinamakan puding tauhu sbb cara yg sam buat tu, serve dlm bentuk tauhu .. sedap kan :)

        Kak Sam said...

        Tun....
        Agak2 boleh tak masuk dalam masak lemak. ngeh..ngeh..ngeh

        Kak Sam said...

        Amie...
        hehehe ... semoga....

        Kak Sam said...

        Kak nor...
        sedap n lembut sangat....