MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, September 14, 2011

Sekejap je dah licin...

Assalamualaikum.....
Semalam sempat menge'cis' lagi. Bukannya apa hari ini kat opis ada buat makan2 sikit sebab ada 2 orang kakitangan yang akan berpindah ke tempat baru bermula 19.9.2011. Sebenarnya lama dah nak cuba buat oreo cheesecake tapi bila mengenangkan takde orang nak makan kat rumah jadi rasanya inilah masa yang sesuai. Memang tawakal sangat sebab resepi yang digunakan tidak pernah masuk ke tekak sendiri. Alhamdulillah kejadian kek ini amat memuaskan hati. Seperti biasa pagi tadi sampai opis memang awal dan terus masukkan dalam fridge yang ada kat pantry. Sedang sibuk menyiapkan paper dan surat, kedengaran ada kakitangan yang memaklumkan majlis telah bermula di tingkat atas. Baru perasan rupanya dah pukul 9 lebih. Setelah kerja disiapkan terus naik atas dan tengok kek yang dibawa tidak dihidangkan. Rupa tiada sesiapapun perasan ada kek kat dalam peti ais. Setelah kek ini dipotong dan dihidangkan terus licin dalam beberapa minit je. Kesian ada kakitangan yang tidak dapat menikmatinya. Tak pe le lain kalau JJ rajin nanti boleh bawa lagi. Lepas ni nak cuba pulak buat versi lain pula sebab tengok ada pelbagai resepi oreo cheesecake yang dikongsikan di alam maya ini, buatnya pun senang le sangat. Ok le layan je resepi yang saya kopipes dari MyResepi.


RESEPI OREO CHEESECAKE
Sumber: coconutice@myresipi.com

Bahan-bahan ( 1 tin kek bulat (diameter : 10 inci) ) ~ saya guna 9"

:: BASE ::
  • 120 g Oreo biscuits yang dikisar (biskut sahaja)
  • 120 g mentega cair
:: FILLING ::
  • (A)
  • 2 biji kuning telur
  • 120 g gula
  • 160 ml susu
  • (B)
  • 250 g cream cheese
  • 2 1/2 sudu besar gelatin dicairkan dalam 6 sudu besar air mendidih
  • 250 g whipping cream (dipukul sedikit) [selalunya dijual dalam paket mcm susu kotak di bahagian diary products di supermarket]
  • 1/2 sudu besar jus limau (lemon)
  • Krim dari biskut Oreo yang digunakan dalam BASE
  • 2 keping biskut Oreo yang dipecahkan kecil (untuk menjadikan cake berbintik hitam)
~skill membuat base perlu diasah lebih tajam lagi~

Cara-cara
  1. BASE : Campurkan biskut dan mentega. Tekankan dalam baking tin bulat yang boleh dibuka bawahnye. Letakkan dalam peti sejuk untuk membiarkan basenya mengeras.
  2. Masak bahan-bahan dalam (A) atas double boiler. Kacau sehingga mendidih dan sebati. [Jika tiada double boiler, letakkan periuk kecil dalam periuk besar yang diisi air, pastikan tiada air masuk periuk kecil dan masak bahan2 dalam periuk kecil]
  3. Pukul cream cheese sehingga lembut dan masukkan bahan-bahan lain dalam (B). Pukul sehingga sebati. Masukkan bahan (A) yg telah di'double-boil'kan tadi
  4. Tuangkan dalam Base yang disediakan dalam step 1. Sejukkan dalam peti sejuk (bukan freezer) selama 2-3 jam
~Kena pergi tambah kelengkapan baking tools lagi~

:: Variasi Satu ::
kalau tanak gunakan Oreo, leh juga digantikan dengan biskut marie, tetapi gula perlu ditambah 20g

:: Variasi Dua ::
kalau nak buat Blueberry cheesecake, lepas tuangkan dalam base, masukkan 2-3 sudu besar blueberry pie filling dan kacau sedikit. Setelah kek keras, letak selebihnya di atas



    12 comments:

    Unknown said...

    Sedap sangat tu pasal kejap je dah licin
    Siapa Sabotaj Siti
    Petai Gergasi
    Siapa nak Pahala Percuma

    Kak Nik Ja said...

    eeeiiii...mokwo memang antu cis kek...!! sukaaah!

    Juwita Jamaludin said...

    Sedap la tu kak.. Lama x buat.. Nak rasa akak punya jauh la plak..:) menarik resepi mcm2kan yg penting sedap

    sitiezahim said...

    saya tak rasa pon dah tau kompom sedap kan kak..hehe

    izahdaut said...

    ksam..jj tu nme glemer ke/ hihi.. saya xpernah buat kek gini.terror la kakk

    E-na Zarina said...

    sedapnya!! apa cheese kek mmg fav..;)

    tun_telani said...

    hihi... kak izah, tun pun perasan jugak JJ tu.. hihi (mode bz body ;p) sedapnyer oreo cheesecake. kiteorg 1 family hantu oreo cheesecake nih. kalau cheesecake biasa slow sikit mkn nyer.

    azieazah said...

    Wahhh kalu macam tu punya menggoda, jangan kata sekejap, kalu kasi saya, sekelip mata jer langsai! heehe

    dZana said...

    aduhai k sam.. teringat2 pulak dah kt OCC..

    Sheery Dream Cakes said...

    Assalamualaikum sam..
    wah fav anak2 nie sam... mereka suka sgt kek nie.. mmg kejap jer abis kan... sedap!

    Amie said...

    Assalam Kak Sam,
    tak boleh lama-lama di sini, kang abih basah depan laptop kena liur.... sedapnya kak!!!!!

    anymz said...

    wah sam,homework dah makin improve tu kan?..
    insyaAllah sam,hujung tahun ni kalau akak ke Taiping lagi, akak akan pastikan ada masa untuk ke Penang sbb nak jumpa sam,zaliedana dan juga mimi azlina..doakan akak ya:)