MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, September 13, 2011

Kampung Pelet

Assalamualaikum.....
Ingat tak pasal kejayaan yang dikongsikan DISINI. Kalau tak ingat abaikan je. Bukannya apa lepas je menang hari tu Fasilitator (saya le tu) belanja anak buah makan roti canai je. Penasihat aka bos belanja makan kat kg pelet. Hehehe pernah dengor tak? Tempatnya ni memang best, makanan sedap dan tempat pun santai je. Kalau tengok jalan masuk memang tak percaya bahawa ada restoran yang best cam gini kat situ. Kepada penggemar2 daging kambing tempat ni memang le sesuai sangat. Kiranya kalau order kambing pasti dapat yang segar dari ladang sebab ianya memang diternak disitu. Tahun lepas pernah berbuka sekali kat situ sebab tak sempat nak balik umah (sian hubby berbuka dengan anak2 je), perghhh memang ramai giloooossss orang. Ok le malas nak citer panjang2, layan je gambo makanan yang kami order hari tu. Geng pompuan bervariasi le sikit tapi geng lelaki semua belasah kambing. Memang terbaikkkk le depa kata.
 
~cendawan goreng~
~beriani kambing~
~beriani special~

~chicken chop~

~abc spcial~

~meja pompuan~
 
~steak~
 
~semua kekenyangan yang amat sangat~
 

Gambo yang last tu adalah pokok nangka yang terdapat berhampiran pondok yang kami duduk. Cerrr teka apakah nama baja yang digunakan bagi menghasilkan buah yang sebegitu rupa? Takde hadiah erk. Ok le kalau nak tahu lebih lanjut mengenai tempat ini sila klik SINI.



    11 comments:

    Sheery Dream Cakes said...

    Assalamualaikum sam...
    wah menu tu semuanya sedap2 tu.... tgk abc tu... waaah!! tingginya... hehehe... pasti sedapkan...

    sitiezahim said...

    wahhh..kak sam terliur nya saya tengok abc tuh...huhu

    ibundo said...

    orang negeri semilan kalau pelet tu maknanya pelat, tak pandai becakap hee..
    abc tu mengancam selera ai tau!!

    Kak Sam said...

    Diana...
    memang semua sedap. kalau pergi sana nak order pun setngah jam sebab tak tahu nak makan yang mana 1

    Kak Sam said...

    Siti..
    sabar erk

    Kak Sam said...

    ibundo...
    kat sini tak tau pulak saya apa maknanya. abc tu saya punya. yang lain semua order air biasa. tapi kalau makan sorang memang takan abis punya.

    tun_telani said...

    fuuhhhh... yg paling tun nmpk is that HUGE abc!! hihi.. owh, kak sam punyer ek? ;)

    Kak Sam said...

    Tun...
    haah. akak ni mana boleh nampak perkataan abc tu. kalau namapk mesti order punya.

    izahdaut said...

    baja taik kamben ke kak sam. muekeke...

    Kak Sam said...

    izah....
    ngehngehngeh sendiri mau ingat le yea. kalau nak boleh beli kat situ.

    Mateusz Domański said...

    Świetnie napisane. Pozdrawiam serdecznie.