MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, September 13, 2011

Yang paling hodoh kut?

Assalamualaikum...
Bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah kurniaNya dapat juga saya menghasilkan kek yang tersangat le sedap ni for me n aqil le kut . Terima kasih diucapkkan kepada Kak Nor & CT yang sudi melayan soalan-soalan yang tak berapa bijak daripada saya hari tu. Kepada kak cik Siti Nurhaliza opppppsss Siti Rosniza yang selalu skodeng My Homework ni jangan tak percaya yea. Kek ni homemade, bukan kedaimade. Dengan terhasilnya kek ini, dapat disimpulkan bahawa si pembuatnya kena pergi masuk kelas dekorasi kek (agak2 ada tak kelas yang sejam 2 hengget).  Mungkin ada yang kata "awat le kek hodoh ni pun nak tayang jugak". Hehehe tak kisah pun dengan statement tu sebab saya rasa bangga sangat sebab dah boleh menghasilkan kek sebegini rupa sendiri. Sebelum ni kalau makan kat SR selalu fikir cam mana le depa ni buat kek lapis2, siap letak pisang dan bagai lagi. Untuk makluman semua saya buat setengah adunan je. Saya bakar dalam loyang saiz 6".  Lepas ni nak cuba yang jenis  brownies cis pulak macam yang kak anymz buat, CT kata sedap. Disebabkan hanya saya n aqil je yang makan (hubby makan sepotong kecik je) maka dapat le disedekahkan kepada anak buah di pejabat. Ok le layan gambar2 yang tak berapa menawan ni. Terima kasih kepada penyumbang resepi dah juga insan2 yang telah mengwar2kan resepi ni.


RESEPI RED VELVET CAKE
source : joy of baking
terjemahan : hanamemories.blogspot.com

Bahan-bahan

Bahan Kek

250g tepung kek * ~ 125 g
1/2 sk garam * ~ secubit
15g @ 2 sudu besar serbuk koko * (bahan * ayak) ~ 1 sb
113g @ 1/2 cawan butter ~ 1/4 cawan
160g gula kastor - resepi asal 300g ~ 80 gram
2 biji telur gred A - 1 biji
1sk esen vanila ~ 1/2 st
240ml @ 1 cawan buttermilk - jika tiada ikut cara dibawah ~ 1/2 cawan
2sm liquid merah @ 4sm serbuk pewarna merah - 1sm
1 sk cuka ~ 1/2 st
1 sk soda bikarbonat ~ 1/2 st

Cream Cheese Frosting

227g cream cheese
227 mascarpone - tak letak
115g @ 1 cawan gula kastor ~ 1/2 cawan
360ml @ 11/2cawan whipping cream ~ 3/4 cawan
hana tambah susu segar sedikit utk frosting yg agak lembut ~ saya tak letak

~tak perlu kata apa2~

Cara-cara

  1. Cara penyediaan buttermilk - Satukan 1 cawan susu segar + 1 sudu makan cuka. Biarkan sebentar dalam 10-15min sehingga susu jadi agak pekat. Boleh gantikan cuka dengan jus lemon atau cream of tartar dgn sukatan yang sama.
  2. Panaskan oven suhu 170darjah celcius. Sapu loyang dengan butter.
  3. Dalam mangkuk, satukan gula dan juga butter. Pukul hingga lembut lebih kurang 1-2minit.
  4. Masukkan telur satu persatu dan teruskan memutar hingga kembang dan gebu.
  5. Dalam cawan buttermilk satukan dengan pewarna merah dan kacau sebati hingga pewarna tidak berketul2.
  6. Kurangkan kelajuan mixer, masukkan tepung berselang seli dengan buttermilk sebanyak 3 kali. (tepung,buttermilk,tepung,buttermilk,tepung)
  7. Mangkuk kecil, satukan soda bikarbonat dan juga cuka hingga berbuih. Tuang cepat2 ke dalam adunan kek dan kaup balikkan sebati.
  8. Tuang ke dalam loyang dan bakar selama 30-40min atau sehingga masak. Cucuk lidi dahulu untuk memastikan kek masak. Jika bersih tandanya sudah masak. ~ saya bakar 50 minit
  9. Sejukkan di atas redai kemudian belah 3 atau 4 bahagian.
  10. Sementera menunggu kek sejuk, sediakan cream cheese frosting. Satukan creamcheese dan mascarpone cheese dan putar sehingga smooth. Masukkan pula gula dan juga esen dan terus memukul hingga smooth lagi. Sapukan setiap lapisan kek dan hias ikut suka.
  11. Sejukkan di dalam peti ais dahulu untuk kenikmatan yang berganda. :)))
  12. Potong dan hidangkan.
~Rasa cam nak guling2 bila tengok gambo ni~

~program diet terpaksa ditangguhkan~

Nota: Tulisan bewarna biru adalah sukatan yang saya gunakan dan dibakar dalam loyang bersaiz 6" diameter


      14 comments:

      tun_telani said...

      LOL~ comey laa akak nih.. hihi.. tun xpenah wat kek nih. mmg tgk org wat tu terliur jugak, tp tgk punye laa byk colouring nk kene letak.. terbantut jap.. huhu..

      Nadz Nazharzan said...

      Uihhh kak sam.. Hodoh apa nya tu? Kalau Naz deco lagi org tak nak pandang.. hehehe
      Kak, tahniah dah buat kek ni.. Naz jugak yg tak terbuat2 lagi kek ni...

      Mas said...

      tahniah kak sam...
      akhirnya akak buat juga kek yang sangat sedap tu..
      rupa tak penting sangat kak..
      paling utama rasanya yang sedap tu..
      lain kali boleh buat lagi dan cantikkan lagi mendeko tu...
      nama pun masih belajar kan..
      mas pun gitu juga...
      belajar perlahan2..
      semangat tu penting..

      Kak Sam said...

      Tun...
      Kurangkan je colouring tu.

      Kak Sam said...

      Naz & mAS..
      Tq erk

      Sofea said...

      Tahniah Sam kerana berjaya membuat kek RV..cantik ke tak tu usaha gigih kita..jgn dgr apa org kata..akak x pernah lagi buat kek ni..nanti nak cuba jugak sbb ramai yg kata sedap..oh ya jawab pertnyaan Sam kat blog akak tntg deko cc tu..akak x pernah masuk mn2 kelas deko pun..cuma akak suka tgk gambar2 cc yg cantik2..dari situ dpt ilham! ;)

      Zalieda Zaliedana said...

      Assalam kak,Alhamdulillah dah berjaya juga wat RV nih,Owh akak guna rcp nih ek,sy ritu guna yg kak zai teratak impian,sedap juga,lbh kurang sama jer rspi tu..A"ah kak rupa xpenting,yg penting sedap n sy suke skap akak yg bersemangat nk try n xsegan bertanya tuh,Akak pon jnis xcover2 gitu,Btw kira ok dah kek tu kak,sy pon mcm akak tgh bljar juga..

      Juwita Jamaludin said...

      Kak ini first time akak deco ke? Kalau first time itu dah kira baik .. Cantik.. Ita pun x pandai2 nak deco cantik.. Seronok kan dpt buat kek mcm ni rasa puas hati

      K.Nor said...

      alhamdulillah.. berjaya gak ya sam.. tu la dah kata, never give up.. kena try & try.. biarlah rupa deco tak cantik (k.nor punya pun tak cantik gak, kadang2 rasa malu nak tayang tp biarlah hasil tangan kita sendiri kan.. hehe) jdkan semua ni satu pengalaman utk lebih maju ke depan.. kita kena sentiasa belajar dan belajar, k.nor pun masih banyak benda yg perlu dipelajari.. ilmu tak pernah habis sam.. keep the good work up ok :)

      Deliah's Deli said...

      ............. *x blh kata apa2 sbb sdg menikmati kek yg sedap!! :)

      dZana said...

      Aslmkum ksam.. dah lama akk brangan nk buat kek ni.. tpi masih belum kesampaian lagi.. huuu.. cantik jer akk tgok hasilnya.. tahniah,,

      Ida,Japan said...

      sebelum nk kata kek ni mmg sedap!!!
      biarkn deco itu k'sam...yg penting sedap

      Kak Sam said...

      Terima kasih kepada semua. Semoga semangat mengekek ini tidak akan padam

      sitiezahim said...

      ohhh kek paling sedap di abad ini kak sam...hehehe