Assalamualaikum....
Sudahkah anda minum petang? Kalau belum, jamu je le mata dengan burger malaysia ni. Sebenarnya kuih ni dibuat untuk berbuka puasa. Kali ni saya cuba resepi yang ros jintan manis kongsikan. Walau pun malas nak menguli tapi disebabkan teringin nak makan jadi rajin-rajinkan le diri ini. Hehe hubby dah setuju nak tong2 hujung tahun ni untuk beli Bibik Melayu. Dia siap kata kena beli yang mantappp terus jangan jadi macam stand mixer hari tu, sia2 je. Nak jimat konon, sekali guna dah kiok. Hantar ke tempat servis kata seminggu tapi ni dah sebulan tak call2 pun lagi. Minggu ni kalau takde khabar berita jugak siap le diorang, akan aku pergi ke gelugor minggu depan. Ok le malas nak menceceh banyak2 buat kurang pahala puasa je. Minta izin yea tuan empunya resepi untuk kopipes kat sini.
RESEPI BURGER MALAYSIA
Sumber: JMC
Bahan-bahannya
- 250 gram tepung gandum
- 1 sudu besar susu tepung/skim milk
- 1/2 biji telur ( dipukul sedikit)
- 80/90ml susu soya boleh ganti dengan air suam ~ saya guna air suam
- 1 1/2 sudu besar marjerin
- 1 sudu besar gula
- 4 gram yis ( 1 1/2 sudu kecil)
( susu soya tu ros letak sikit-sikit klu 80ml tu dah memadai dan doh ok, kita guna 80ml je, klu rasa keras guna 90ml, sebab saiz telur yang digunakan lain-lain kan, di sini kena pandai agak-agak ye, doh jangan lembik sanngat, nanti takut meresap minyak bila digoreng.)
Caranya.
- Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
- Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
- Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dan biarkan naik dua kali ganda.
- Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, angkat dan toskan minyak yang berlebihan, akhir sekali, potong ditengah-tengah dan letakkan sambal ikan bilis dan hirisan timun, sedia untuk dihidangkan, selamat mencuba..
9 comments:
memang rajin sungguh tuan punya dapur ni uli tepung! comel-comel kejadiannya, dan mesti rasanya sedap!
zaty suka bger ni ..tpi tk suka ;etak timun ..:P..just mkn ngn smabl n ikan blis ja..:P
waaa.. dh lama x wat n x makan.. tgk kak sam wat terliur jugak.. semoga mendapat bibik melayu dgn cepatnyer.. kompom lepas ni mkn rajin =)
Amie..
nak makan punya pasal. hehehe terpaksa le
Izzaty
akak kalau letak timun kena yang hiris nipis. Kalau tebal akak keluarkan je
Tun..
doa2kan lah. takut2 bila dah ada tak sampai hati nak guna pulak (malas le tu)
kawan mokwo selalu kate..cheap things no good..mungkin ade benarnya..tapi kan mokwo nih kekadang penyakit 'jimat-cermat' punya pasal beli jugak jenama yg murah..udah nye ke bakul sampah lah temapat yg sesuai !! sam.. nak beli mixer..beli kenwood or kitchen aid !! highly recommended those two!
Assalam kak,nih kuih peberet nih kak..Bulan posa selalu beli,nak buat malas,hehe..Kak moga dpt BM cepat,sy bli yg kenwood mmg ok kak..
mokwo n ct..
tq
Post a Comment