MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, September 28, 2011

Takde tajuk

Assalamualaikum.......
Alhamdulillah sekarang ni anak2 (macam ramai jer) terutamanya abang long dah semakin dapat menerima makanan yang dimasak oleh mamanya ni. Ye la kalau dulu ada je yang tak kena kalau mama masak, silap2 baba kena pergi beli roti canai untuk mengisi perut dia ni. Tapi kini tidak lagi kerana kalau mama masak dia akan makan dengan berselera sekali terutamanya kalau dapat mee atau bihun berkuah macam gini. Jelas sekali selera abang long macam selera baba. Nasib baik le aqil makan je apa yang ada.  Semoga semangat mama untuk terus belajar memasak tidak akan pudar. Ok le layan je resepi bihun sup yang telah ditukar menjadi mee sup ni. Saya ambik dari MyR.



RESEPI MEE SUP
Sumber: ayu898@myresipi.com


Bahan-bahan ( 2 orang )
  • Mee untuk 2 orang makan
  • 2 ketul ayam (bahagian berisi)
  • 1 pokok sawi
  • Segenggam taugeh
  • Daun bawang dipotong halus
  • Daun sup dipotong halus
  • Segenggam bawang goreng
  • 3 ulas bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • Seinci halia
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3 kuntum bunga cengkih
  • Rempah sup
  • Rempah kurma
  • Garam
  • Serbuk pati ayam
  • 6 biji cili padi
  • 1 biji limau nipis (diambil jusnya)
  • Kicap pekat manis
  • Minyak untuk menumis
  • Air
Cara-cara
  1. Tumbuk 2 ulas bawang merah, 2 ulas bawang putih & halia
  2. Panaskan minyak dalam periuk, tumiskan bahan tumbuk tadi bersama kulit kayu manis, bunga lawang & bunga cengkih
  3. Setelah bahan2 tumis kelihatan perang, masukkan ayam dan gaul2kan sehingga kulit ayam kelihatan sedikit perang
  4. Setelah itu, masukkan air secukupnya
  5. Setelah air menggelegak, masukkan rempah sup ke dalam periuk sehingga mencapai kekeruhan yang disukai
  6. Masukkan pula sedikit rempah kurma (anggaran 1 sudu teh)
  7. Masukkan garam & serbuk pati ayam secukupnya, kacau, tutup periuk dan perlahankan api. Biarkan sup mereneh
  8. Untuk sambal kicapnya, tumbuk cili padi, seulas bawang merah & seulas bawang putih. Kemudian, masukkan kicap pekat manis dan jus limau nipis
  9. Setelah ayam dalam sup masak elok, keluarkan dan siat2 isinya. Setelah itu, celur sawi, taugeh & bihun
  10. Setelah siap, bolehlah masukkan bihun ke dalam mangkuk, diikuti taugeh, sawi dan isi ayam. Taburkan daun bawang, daun sup & bawang goreng di atasnya.
  11. Hidang dengan sambal kicap


    6 comments:

    ady said...

    as-salam
    menyelerakan mee sup tu.... suka hirup2 kuahnya time panas2…

    Kak Sam said...

    ady..
    betul sangat tu

    Amie said...

    takde tajuk takpe.... jan ji sedap!

    Ida,Japan said...

    makan panas2 mee sup cam ni mmg sedap kan k'sam...

    sitiezahim said...

    budak2 memang macam2 ragam kan kak sam..heheehe

    tun_telani said...

    wahhh.. makna nya dh makin bertambah2 sedap laa kak sam msk skrg ni ye =)
    tun mmg suka mkn mee sup. letak kuah byk2, pastu mkn pedas2 sikit. fuhhh.. x ingat nk tinggal kt org sblh ;p