MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, October 9, 2011

Ada di mana2

Assalamualaikum........
Walaupun cuti tapi rasanya kerja macam tak berhenti, ni pun ada lagi kerja yang belum siap lagi. Dalam kepala duk fikir kaler belang2, mana taknya sepanjang minggu ni bila tengok kat dashboard berbaris n3 yang macam2 kaler sampai mata pun naik berbelang dah dibuatnya. Disebabkan takde benda yang belang2 nak ditayangkan maka kongsikan aje resepi yang ringkas ni. Bukannya apa minggu ni tak pergi pasar pun sebab nak habiskan apa yang ada dalam peti ais, ada diantaranya yang dah nazak. Ingatkan nak buat pajeri, tapi hubby kata kalau ada ikan yang digoreng garing2 baru le sedap. Fikir punya fikir teringat buku Chef Hanieliza yang tersimpan di rak buku. Selak punya selak nampak le resepi terung goreng yang ringkas ini. Rasanya macam sesuai je dengan ikan stim. (hehehe ayat cover). Baru perasan resepi ni pun kak lieza ada kongsikan kat SINI. Tq..tq..tq...


RESEPI TERUNG GORENG
Sumber: Fotopages & Buku Chef Hanilieza

Bahan
  • 500 gm terung panjang [belah dua dan potong ditengah]
  • 1 labu bawang besar
  • 10 biji ciliapi
  • 5 biji cili merah
  • garam
  • kunyit
  • minyak
 Cara
  1. Terung digaulkan dengna garam dan kunyit.
  2. Panaskan minyak yg secukupnya dan goreng saperti menggoreng ikan sehingga garing..
  3. Bila telah garing angkat dan ketepikan.
  4. Tingalkan sedikit minyak dan tumiskan bawang besar, ciliapi dan cilimerah sehingga wangi.
  5. Angkat bawang dan cili dan tuangkan atas terung.
  6. Hidangkan dengan nasi putih.



    3 comments:

    Amie said...

    Selamat petang Kak Sam,
    terung masak begini memang sedap kak, Amie selalu buat dengan bertemankan ikan kering goreng atau kukus...makan waktu tengahari, adeeehhh...sedap!

    Kak Sam said...

    wow lagi best tu

    Diana @ Melley Mey said...

    sukanya makan terung goreng... mmg fav nie..sedapnya tu... lapaaar terus..