MY IKLAN

MY IKLAN

Saturday, October 8, 2011

Siap juga akhirnya

Assalamualaikum......
Hari tu balik dari meru ada bawa nenas sebiji. Dalam kepala otak punya le nak buat macam2 kat nenas tu. Rojak le, pajeri le, masak lemak le dan macam2 lagi le. Tup..tup... tup pagi tadi teringat teka teki kak nor kat SINI dulu. Punya le ramai yang meneka, macam2 jawapan yang diberikan. Jadi apa lagi ni le masanya nak siapkan homework yang kak nor bagi. Nasib baik ada sebiji jadi tak le terbeban sangat. Bukannya apa sekarang ni kalau boleh tak nak le selalu makan benda2 yang tajam macam ni. Ok le malas nak pot pet panjang2 banyak benda lagi nak dibuat ni. Terima kasih bebanyak kat kak nor dan minta maaf le yea sebab anak murid ni lembab sangat.


RESEPI AIR NENAS KOKTAIL
Sumber : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2
  • 1 biji nenas ~ lebih kurang 1.2 kg
  • 5 cawan gula
  • 2.5 liter air
  • 3 helai daun pandan
  • sedikit pewarna kuning
Cara:
  1. Campurkan kesemua bahan kecuali pewarna dan masaklah hingga mendidih.
  2. Masukkan pewarna dan masak lg hingga sedikit pekat dan nenas menjadi lembut.
  3. Biarkan sejuk.
  4. Bila nak minum, masukkan sebahagian air gula nenas dan juga nenas ke dalam jug.
  5. Masukkan air masak dan ketulan ais.
  6. Rasalah kemanisan air ni mengikut selera masing2.
  7. Sedia utk dinikmati ...


    9 comments:

    lina_pg said...

    sedapnya kalau dapat minum tambah lak cuaca panas2 ni

    Mas said...

    mas suka air nenas koktel tu..
    sedappp..
    meh segelas kak..

    ~Norul Mas Hana ~ said...

    bestnyer!!

    Amie said...

    Assalamualaikum Kak Sam,
    wah...nenas Meru ye,orang kata nenas dari kawasan ni bagus... sedapnya hidangan hari ini, terasa nyaman melepasi tekak Amie.... terima kasih Kak Sam, hilang dahaga datang rumah Kak Sam.

    Deliah's Deli said...

    nanti letak la 1 jug eh..tak cukup nak share banyak orang ni..sedap sgt tu!:))

    MULAN said...

    kepanasan ni lepas buat keje rumah... rasa mengalir je air nenas kat tekak ni.. mesti sedap tu kak sam..

    Mah@Mahu said...

    Sedap masakan anda sungguh mengkagumkan...


    *jgn lupa saksikan Masterchef Malaysia 22 okt 2011 di Astro Ria...

    Naz / Nadz COSK said...

    Waaaaaa...tiba2 terasa daharga bila tgk entry dan gambar tu...huhuhuhu..

    Kak Sam said...

    Kepada semua teman2,
    kalau nak rasa seteguk sorang mai le ke rumah yea.