MY IKLAN

MY IKLAN

Tuesday, October 18, 2011

Teringin sangat

Assalamualaikum....
Sambungan cerita semalam, sebenarnya dah lama teringin nak makan jelatah yang selalu makan kat kenduri di kampung halaman. Kebetulan masa pergi tesco sabtu lepas tengok nenas josaphine offer 99 sen je sebiji. Nenas ni memang manis berbanding dengan nenas biasa jadi terus capai sebiji. Lagipun sekarang ni kalau tengok buah nenas selera je. Bila nak buat ayam masak merah tu terus terfikir inilah masanya untuk membuat jelatah yang diidamkan. Apalagi terus search resepi tapi tak jumpa pun cara yang selalu tengok makcik2 kat kampung buat. Jadi dengan berhati waja buat le ikut suka. Mulanya nak bubuh kacang tanah tapi tengok stok yang ada kat dalam almari dah expired. Huahhh sedihnya. Hubby volunteer untuk ke kedai tapi tak sampai hati nak menyusahkan dia. Jadi buat le jelatah menggunakan bahan-bahan yang ada. Alhamdulillah jelatah yang dihasilkan hampir2 serasa dengan jelatah yang selalu makan kat kenduri di kampung.


RESEPI JELATAH

BAHAN-BAHAN :
  • 1/2 biji timun (dihiris)
  • 1/2 biji nanas (dihiris) ~ saya guna nenas josaphine
  • 1 labu bawang besar (dimayang)
  • 1 batang cili merah (dimayang)
  • 1 batang cili hijau (dimayang)
  • 5 gram udang kering (ditumbuk)
  • 2 sudu besar sos cili
  • 1 sudu besar sos tomato
  • Garam secukup rasa

CARA-CARA :
  1. Masukkan timun, nanas, bawang besar, cili merah, udang kering, sos cili dan sos tomato ke dalam bekas.
  2. Masukkan garam
  3. Gaul sehingga rata atau sebati
    Sedia untuk dihidang



    8 comments:

    Diana @ Melley Mey said...

    Assalamualaikum sam...
    sedapnya.. akak mmg suka makan nie... n ayam kat bawah tu juga sgt menyelerakan... ermm.. kat sana panggil jelatah yer..

    anymz said...

    mmmmm..dah lama tak makan jelatah..kena buat nasi minyak baru sedap makan jelatah ni kan sam?.ada pulak ayam masak merah,daging masak kurma..aaahhhhh...pi jemputan org kawin je lah mggu ni ..hehe

    aNaYaNa said...

    oo.ini jelatah ker namanya..hihi..kadang2 jumpa menu ni kat kenduri kami panggil acar jer..heee..sebab xtahu..

    Zaliedana said...

    Kak SAM,sy xpernah lagi beli nenas josaphine tuh,selalu nmpak,tapi takut masam n malas nak kupas,hihi..MANIS EKS,NANTI LEH LA BLI..

    Kak Sam said...

    Diana
    kat tmpt saya panggil nama ni le. Biasa org panggil acar timun.

    Kak Sam said...

    Kak anim.
    Nak ituttttt. Pergghhhh kalau dapat le mengadap semua tu memang makan tak hengat. Ke laut le diet nampaknya.

    Kak Sam said...

    Anayana
    tq kerna sudi singgah. Lain tempat lain namanya.

    Kak Sam said...

    Ct,
    akak 1st time beli alhamdulillah manis sangat. Terlebih2 berbaloi. Nanti kalau ada offer nak beli lagi le.