MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, October 16, 2011

Kesilapan teknikal lagi

Assalamualaikum.....
Sebenarnya apam ni buat pagi semalam tapi disebabkan banyak bebeno n3 tertangguh jadi main letak mana yang sempat je. Lama dah teringin nak buat tapi ada je halangannya dan semalam lepas je solat subuh terus godek2 adunan. Sambil tunggu 1/2 jam tu sempat le buat sarapan ala-ala omputih untuk hubby dengan alif. Sebagaimana yang dibagitau sebelum-sebelum ni, depa 2 ni memang kurengg sikit dengan makanan cam gini. Saya buat 1/2 adunan je sebab kak Pia siap tulis 1 adunan tu boleh dapat 50 biji ++. Masa buat tu teropong after 6 am guna samsung hubby entah macam mana boleh masukkan tepung dulu ke dalam telur yang dah kembang dipukul. Tawakal je la lepas tu baru masukkan gula hangus. Alhamdulillah apam menjadi dengan jayanya walaupun sengit bengit. Rasanya sangat le lembut, cuma lain kali kena kurangkan sikit gula tu. Semalam dah minta izin kat Kak Pia untuk cnp kat sini.


RESEPI APAM MENTEGA
Resepi: Sofea@after6am

Bahan-bahan ( +-50 biji )

(A) Bahan2 utk gula hangus:-
  • 11/2 cawan gula pasir
  • 1 cawan air
  • 250 gm mentega
(B)
  • 3/4 cawan gula castor
  • 4 biji telur
  • 3 cawan tepung gandum ayak besama
  • 2 sudu teh soda bikarbonate
  • 1 tin susu cair
  • 1 sudu teh esen vanila

Cara-cara
  1. Cara membuat gula hangus: masukkan gula dlm periuk, masak dgn api perlahan hingga gula larut dan berwarna perang.
  2. Padamkan api (utk mengelakkan air gula terpercik semasa kita tuang air) dan masukkan air. Nyalakan semula api dan kacau hingga semua larut dan masukkan mentega,kacau rata dan ketepikan.
  3. Putar gula, telur dan esen vanila hingga kembang dan masukkan gula hangus yg masih panas tadi.
  4. Kemudian masukkan susu selang selikan dgn tepung.gaul semua hingga sebati.
  5. Perap selama 1/2 jam.
  6. Panaskan pengukus dan acuan lompang. Tuangkan adunan ke dlm acuan. Adunan ni jika dituang penuh kedlm acuan pun x mengapa sbb semasa masak dia x akan melimpah.
  7. Jika guna acuan lompang kukus selama lebih kurang 15 min - 20 min. Tutup pengukus dgn kain supaya wap tidak jatuh ke bawah.
  8. Selamat Mencuba.......



    9 comments:

    Anna Qawina said...

    sedap giler kan apam ni..hehe..

    Cheq Sue said...

    kak sam, saya 1st time buat dulu pun ada silap jugak, pastu dia naik x sekata, tapi memang lembut aje apam ni...sedap

    Amie said...

    apam ni memang sangat sedap, anak-anak cukup suka, dulu selalu tempah dengan pengasuh anak, sekarang anak-anak dah besar, nak buat sendiri... tak pernahlah terbuat.... ada lagi ke , minta 3 ketul...tapau..he hehehh balik dulu ah...

    azieazah said...

    Bila la saya nak belajar buat kuih apam ni.

    tak perlu makan dengan kelapa parut eh?

    Kak Sam said...

    Anna..
    memang best. lembut je

    Kak Sam said...

    Cheq Sue...
    Kita belajar dari kesilapan yea.

    Kak Sam said...

    Amie...
    Kalau ada masa cuba le. Senang je. Hehehehe. Mana mangkuknya, kata nak 3 ketui

    Kak Sam said...

    AA...
    Haah makan cam gitu je

    Nuwairani said...

    cantik warna apam yang akak buat ni...menyerlah betol...