MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, October 17, 2011

Makan 1 pasti kenyang

Assalamualaikum.......
Kali nak kongsi popia yang memang sedap ni. Ye la dah tuan empunya resepi pun bagi nama Popia Goreng Sedap memang le sedapkan. Sebenarnya dah beberapa kali cuba resepi Ros JintanManis ni dan semuanya tidak mengecewakan. Selalu jugak le ke dapur dia, tapi tak tahu macam mana nak follow. Kalau nak ke sana kena taip alamat dan yang lagi tak bestnya tak dapat nak ikut n3 terkini. Kalau ada sapa2 yang boleh tolong, bagitahu ye. Bukan apa nak jugak tengok makanan panas2 kat dapur tu. Oh yea saya tak letak mix vege sebab tak berapa suka sangat dan kepada Ros izinkan saya cnp kat sini. Pasal tajuk tu pulak, kulit popia yang hubby beli punya le besor jadi tak boleh le nak buat comel2. Masa yang diambil untuk menggulungkan pun kejap je dan popia yang dihasilkan semuanya gedabak sampaikan hubby kata 'Makan 1 pasti kenyang'.


RESEPI POPIA GORENG SEDAP
Sumber: Ros JintanManis

Bahan-bahannya
  • 15 keping kulit popiah ( ros beli kt baticrom)
  • 150gram udang yang telah dibuang kulit ( boleh ganti dgn isi ayam atau daging)
  • 200gram tauge ( kira satu paket tu lah)
  • 1 biji telur
  • 1/2 batang carrot
  • 1/2 batang timun
  • 1/2 cawan mix vegetable ~ saya tak letak
  • 2 ketul tauhu goreng  
  • lada sulah
  • 1/4 biji bawang besar
  • 1/2 biji sengkuang ~ saya tambah


    Cara-caranya
    1. Bawang besar dan isi udang dicincang halus, kemudian timun dan carrot di hiris bentuk anak mancis, kira nipis-nipis lah, tauhu goreng di potong kecil bentuk kiub serta pukul telur sedikit menggunakan garpu. 
    2. Kemudian panaskan minyak dan tumis bawang besar tadi hingga layu, masukkan isi udang dan hirisan carrot, kacau sebati dan biarkan sebentar, selepas itu masukkan mix vegetable kacau lagi, di dalam kuali yang same, ketepikan semua bahan dan curahkan telur, biarkan telur masak dan hancurkan. Gaul sebati.
    3. Akhir sekali masukkan tauhu dan tauge, sesuaikan rasa, masukkan garam dan lada sulah, pastikan inti popiah ini tidak mengandungi air, dan sejukkan sebelum digulung. Gunakan bancuhan tepung gandum dicampur dgn sedikit air ( seperti pes) untuk digunakan sebagai pelekat bagi proses akhir penggulungan popiah ini nanti.
    4. letak inti di tengah kulit popiah dan lipat seperti biasa, goreng dengan minyak yang banyak dan pastikan minyak betul-betul panas. Sedap dimakan panas-panas dan di cicah dengan sos cili ataupun sos cili manis thai, Selamat Mencuba.

      ~Menghabiskan stok Sos MIL~


        9 comments:

        ady said...

        as-salam
        memang nampak sedap pun popiah tu..yummy..

        tun_telani said...

        mmg xleh follow rasanya kak sam. tun letak kt favourite, jd xde la nk taip url dia tiap2 kali kan.. cuma tu laa, kdg2 tun duk tgk dashboard je, malas nk gi klick2 cr kat favourite tu.. jd laa selalu termiss apa yg kak ros JM masak.
        tun pun masak popia camni gak, cuma mmg dh biasa mama tun letak isi ayam je, xletak udang, jd smp skrg tun msk camtu. tun pun mmg akak letak sengkuang kalau wat popia. sedap!

        Nuwairani said...

        nani save di google reader.tapi dah lupa mcm mana nak buat.

        popia goreng rangup2 ni sedap dimakan time panas2...nani pon x suke mix vege..selalu letak carrot, sengkuang, timun je..

        cik cek said...

        kak cek memang suka popia...:D

        Amie said...

        biarpun besar gedabak....1 popia tetap tak cukup....kami sekeluarga memang hantu popia...ha hahhhhaa

        Zalieda Zaliedana said...

        Kak sam,xper kak,gedabak,siap cepat n leh mkn cepat,suka popia,nak wat jer mls,kulit popia ada jer,sy pon beli yg besar kak,dulu2 b4 adaank bli yg kcik,skng nih,mmg selalu bli yg besaq,sbb nak cepat,hihi..

        sitiezahim said...

        kak sam esok saya nak cubalah...hehhehe

        azieazah said...

        Saya pun dah lama tak buat popia. Dan bila buat memang la besar-besar jugak. Puas makan.

        Mamasya said...

        Aslmkum Sam

        Sedap popia cicah sos buat minum ptg.1 dah kenyang...besar ni penuh inti...