Assalamualaikum...
Pertamanya nak ucapkan terima kasih kepada sifu2 dan teman2 yang sudi tinggalkan jejak aka kata2 semangat kat n3 sebelum ni. Alhamdulillah kek tersebut licin tinggal bekas je. Cuma agak kecewa sebab ada yang bertanya "napa mak uda tak bawa muffin?". Huahhh tak sangka muffin yang pernah dibuat dulu mendapat permintaan. Ok le insyaallah lain kali kalau nak berkumpul ramai2 wajib buat muffin. Syukur padaNya kerana majlis kenduri di rumah abang di Meru semalam berjalan lancar. Kesemua adik beradik termasuk apak dapat berkumpul dalam suasana yang harmonis. Bayangkanlah 11 orang adik beradik, 10 orang ipar duai, puluhan sepupu dan diserikan lagi dengan kehadiran 9 orang cucu sedara memang tersangat meriah. Oh ya sebetulnya kenduri diadakan sempena keberangkatan abang saya yang di panggil alang ke Tanah Suci pada esok hari. Semoga segala urusan di sana kelak akan dipermudahkan dan alang akan mendapat haji yang mabrur. Ok le berbalik pada resepi, saja nak kongsi menu wajib jika keluarga kami berkumpul iaitu pecal. Memang menjadi kesukaan semua. Tak payah makan dengan nasi pun tak pe. Untuk saya 3 pinggan paling minimum. Disebabkan untuk makan ramai jadi kuah ditempah dari kampung sebanyak 14kg. Memang makan tak hengat. Kalau nak tengok cara buat kuahnya boleh ke SINI. Rasanya bahan2 yang digunakan sama je macam yang kami selalu buat. Ok le layan je gambor kat bawah ni.
9 comments:
salam kak sam,
sedapnyer...lama tak makan ni....
salam..
memang sangat sedap
sedapnya pecal kak...suka banget..lama dah tak buat ni.
semoga abg akak selamat mengerjakan haji dan mendapat haji yg mabrur nanti...amin.
Selamat pagi Kak Sam,
tang pecal tu.... Amie rasa, kalau hasil air tangan bonda Amie yang buta....adussss... jauh lebih sedap dari yang Amie buat! tengok pecal Kak Sam... dah terliur...teringat pecal bonda....
Lama sungguh saya tak makan Pecal ni. Kalau makan ramai-ramai lagi lah best kan?
Semoga yang berangkat ke Tanah Suci akan pergi dan kembali dengan selamat.
as-salam
sedapnya nampak pecal tu..lama tak makan pecal macam ni..
waaaaaa...... sedapnyer pecall.. tun kalau dpt meratah ni, abih satu mangkuk mkn sorang2.
assalam kak sam...nmpk sedap pecal kak sam ni. ratah pun sodap hehehe
salam..kak sam tq dtg blog sy kainsaigon.blogspot.com...rajin2 la singgah ek...mintak ckit pecal bg kat najwa...
Post a Comment