Assalamualaikum....
Berkat godaan mas duniaku semalam maka terhasil le puding kaler2 ni di MyHomework. Semalam lepas je siapkan makan malam terus godek2 puding ni. Segala halangan yang mendatang dapat ditempuhi dengan jayanya. Cuma satu, tools dekat dapur tu kena ditambah banyakkan lagi. Sampai je rumah petang tadi terus je buka peti ais, alhamdulillah puding yang dihasilkan memang kena je dengan tekak saya. Seperti biasa aqil yang merupakan penyokong setia mamanya makan dengan berselera sekali, lepas satu satu. Memang seronok le tengok dia makan. Jejaka yang 2 lagi tu tak payah citer le memang tak pandang langsung. Petang tadi ada majlis bacaan yassin dan jamuan makan di pejabat dapat le tapau 2 bungkus bihun sup. Jadi malam ni dapur berasap sebab panaskan kuah sahaja. Ok le walaupun resepi ni dah banyak tempat dapat dilihat, nak juga tempek kat sini sebagai tanda homework yang ini telah disiapkan dengan jayanya. Terima kasih kepada penyumbang resepi dan juga sifu2 yang sentiasa ceria dan bahagia.
Resepi : Alma myresepi
Sumber : Izahdaut dan Kak Nor dan Mas
Bahan :
- 10g serbuk agar2
- 650ml air
- 200gm gula pasir (kalau nk kurang manis wat dlm 180gm pun ok) kak nor letak 100gm je, memang sedang2 elok jerk manisnya
- 60gm mentega
- 1 biji telur
- ½ tin susu cair
- 1 sudu makan serbuk koko
- 1 sudu makan tepung custard
- 1/2 sudu teh vanilla
- pewarna merah dan kuning secukupnya ( kalau nak warna2 lain pun boleh )
Cara membuatnya :
- Masak agar2, air dan gula hingga mendidih dan ketepikan.
- Pukul telur sebentar menggunakan whisker kemudian masukkan susu dan tepong custard dan kacau hingga adunan ini rata, kemudian ditapis.
- Setelah ditapis, satukan adunan telur dan agar2 dan kacau lagi hingga rata, serta masak semula sehingga adunan mendidih kemudian masukkan mentega dan vanilla dan kacau hingga rata. Then pastu tutup api.
- Bahagikan adunan kpd 3 mangkuk (sama byk). Then bubuh koko (campurkan sedikit air dulu) ke dalam salah satu adunan di dalam mangkuk dan kacau hingga rata , adunan yang dalam 2 mangkuk lagi masing2 leh letak kuning dan merah.
- Sengetkan loyang @ ape2 bekas puding sedikit ( yg Alma gunakan bekas square 7x7in ). Biar satu hujung tu tinggi ( lapik @ alaskan dngn ape2 untuk tinggikan ).
- Mula2 tuangkan satu senduk makan adunan warna merah ke dalam loyang @ bekas ( dihujung yg paling rendah tu ler ), kemudian satu senduk makan adunan warna kuning dan las skali satu senduk adunan warna coklat. Ulang buat cam ni sampai semua adunan habis.
- Bila dah siap, letakkan semula loyang @ bekas ke kedudukan asalnya. Then, masukkan ke dalam peti sejuk, bila dah keras leh ler ngappp....
Nota: Seperti biasa saya akan ikut sukatan kak nor sebab sukatan yang digunakan memang sesuai je dengan tekak saya
10 comments:
assalamualaikum kak sam..
morninggg!! ^^ byk sgt resepi puding yg belang2, sampai tun pun x pasti dh penah try blom yg nih. hehe. tp kalau puding yg ada kastad mmg tun suka =) kene tambah brg2 dapur ye? sama laaa kita.. mcm xcukupp je tools kt dapur tu. hihi
assalamualaikum...sam doakan utk akak pula, kita pun nak pelangi jg ;)
Wah kat sini pun akak nampak rainbow...akak pun dah lama teringin tp masih tak berseru2 nak buat...
wahhhhh..cantikk la kak..
mas ari tu tak puas lak makan..
sedappkan agar2 pelangi tu...
Tun.. kita pi shopping sama2 nak tak?
Kak Pia..
Kalau akak buat mesti lagi cantik
Lieza...
sat lagi seru tu sampai. Pastu jangan lupa kurier kat saya sikit
Mas...
Tekak akak n aqil memang kata sedap. Tapi yang 2 orang tu pandang pun tidak
bahan2 simple je...nak buat pon senang...tapi tak tahulah bila boleh buat ni....
as-salam
selamat malam..malam2 ni baru npk pelangi..cantik puding pelangi tu..ni kena mkn sejuk2 baru best..
Post a Comment