Assalamualaikum.....
Malam ni sungguh tak de mood sebab dalam kepala duk fikir pasal Bajet 2012 yang dibentangkan oleh PM petang tadi. Sebenarnya takde le nak ambik pusing sangat sebab pada saya semuanya bergantung pada diri kita sendiri, walau macam mana bagus sekalipun kerajaan buat tapi kalau diri kita ni tak berusaha dan bersyukur maka tak ke mana le usaha murni kerajaan tu. Dalam duk banyak2 yang dinyatakan saya benar2 musykil, apakah relevannya had umur bersara wajib dinaikkan dari 58 kepada 60. Apakah yang ada dikepala mereka2 yang mengemukakan cadangan ini. Mungkin ada benarnya 1 kerugian pada kerajaan jika pengalaman yang telah ditimba selama berpuluh2 tahun habis begitu sahaja. Kalau nak dipanjang hujah ini memang 1 malam pun belum tentu cukup. Cuma apa yang nak saya katakan jika hidup kita hanya untuk bekerja bilakah masanya untuk kita mengabdikan diri kepadaNya. Tidaklah lebih elok jika sisa hidup yang ada digunakan untuk mendekatkan diri kepadaNya. Suka tengok FIL sebab lepas pencen masanya banyak dihabiskan bersama isteri tercinta dan melakukan amal kebajikan, pergi ke sarau setiap kali azan berkumandang, menjenguk anak dan cucu jika kerinduan. Oohhhh alangkah indahnya hidup ini. Entah le malas nak fikir dah, nanti hari isnin pasti pecah kepala sebab nak buat pembahagian semula tugas dibahagian saya. Mana tak pecahnya bilangan kakitangan semakin berkurang manakala beban kerja semakin bertambah. Inilah realiti penjawat awam di zaman sekarang. Ok le sementelah cuti rehat 2 hari ni lebih baik fikir nak masak apa dan nak makan apa. Tak payah nak sesak2kan kepala ini dengan masalah yang tak berpenghujung. Huishhhh panjangnya mukadimah n3 kali ini. Ok le saja nak tempek muffin yang dibuat masa raya hari tu. Kalau ikutkan dah sampai ke laut tapi disebabkan muffin ni dibuat di Teluk Intan maka nak juga le kongsikan di sini. Sebenarnya muffin ni dah pernah buat di SINI dulu, tu yang berani buat bagi PIL rasa. FIL kata sedap, cukup manis dan lemaknya. Hehehe suka..suka..suka. Kepada deenoos terima kasih banyak2 yea. Izinkan saya cnp di sini.
RESEPI VANILA MUFFIN
Sumber:
Bahan-bahan ( 2 dozen muffin )
- 8 tbsp mentega, dicairkan
- 4 cawan tepung
- 2 cawan gula
- 2 cawan susu segar
- 4 tbsp baking powder
- 1 tsp garam
- 2 biji telur
- 1 tbsp esen vanilla
Cara-cara
- Gaulkan kesemua bahan hingga sebati.
- Isikan adunan tadi kedalam bekas muffin.
- Bakar selama 20minit/180C.
7 comments:
Akak,kalo belanjawan nih selalunyer penjawat awam mmg suke tang bonusnya kak,swasta mcm hubby nih hanya kna bayaq tax jer la,huhu..Akak mapin nih kira dah lama baru nk tayang lah eks,xperla tgk jerla kan..
adoi...baru je plan nak pencen umur 55....kalo dh 60 tu...takot nyanyuk la pulak...nak naik tangga pon tak larat dah.
Assallamualaikum kak Sam..
Jangan pening2 fikir pasal usia pencen tu ye kak.. Nanti lagi pusing itu kepala..hehehe.. Sib baik Naz dah berhenti kerja option tp tak dak pencen lee..
Nak mapin..nak mapin..boleh ke kak? * macam dialog upin dan ipin lak..hehehe
Sudah bertahun tahun lamanya, saya tidak lagi teruja pasal Bajet negara. Kerana kesannya terlalu sedikit buat saya pekerja swasta. So malas nak pot sangat...
assalam sam..acik pun tak teringin nak bersara lambat sangat..58 pun tak mau..nak menghabiskan sisa2 hidup macam apa yang FIL sam buat tu..dah lama berangan..insyaallah jika panjang umur..
bukan optional ke kak? tun tgk gitu2 je.. hehe.. tun minggu depan ada interview kerja.. hihi... hopefully submit je thesis ni blh terus kerja. insyaAllah, kalau ada rezeki kan kak =)
assalamualaikum kak sam... gebu je tgk muffin tu, saya dah pernah cuba jugak di myr dulu...salam kenalan dr cheq sue
Post a Comment