MY IKLAN

MY IKLAN

Monday, December 12, 2011

Layan je apa yang ada...

Assalamualaikum.........
Hajat dihati dapat le kiranya hari ini buat n3 kek karamel yang sedap bangat tu tapi entah di mana silapnya malam tadi kek yang dibuat tak menjadi rasa macam nak nangis masa tu. Walaupun mood nak mengekek tak berapa ada semalam tapi gagahkan juga sebab teringin sangat nak makan. Sebenarnya dan 2 kali buat kek karamel ni dengan 2 resepi yang berbeza. Kalau rasa nak tengok boleh ke SINI dan SINI. Untuk kali ketiga ni saya cuba lagi satu resepi yang agak berbeza juga, ye la namanya pun saya mak budak tengah belajar memasak jadi kena le mencuba pelbagai resepi. Hehehe betul tak? Disebabkan kejadian itu maka mood untuk meng'N3' pudding ni malam tadi terus tergendala. Ok le malas dah nak cerita pasal benda yang tak menjadi, lebih baik cerita pasal pudding yang ringkas dan sedap ni. Sebenarnya lama dah nak buat masa Diana tayang dulu, siap tanya soalan lagi masa dia post kat FB. Masa mula2 tengok nama dia ketaq juga rasanya, mana taknnya nak menyebutnya pun tak reti. Bila tengok bahan dan cara nak buat macam senang je terus jatuh chenta. Buat ni untuk makan malam (hehehe nampak beno malasnya). Yang syoknya hubby yang tekak melayu tu pun kata ok juga kalau nakkan kelainan. Ok le layan je resepi yang saya CNP dari dapur Diana yang diambil dari dapur Kak Ros.


RESEPI YORKSHIRE PUDDINGS
:: Resipi Dari ~ Akak Ros @ SinaranMenu ( TQ )
cnp dari Sky Blue Kitchen

Bhn²
  • 170 grm tepung gandum
  • 180 ml susu segar
  • 120 ml air biasa
  • 2 biji telur
  • Secubit garam
  • Minyak masak secukupnya
 
Cara²
  1. Pukul telur sekejap , masukkan susu dan air.. pukul lagi dalam 2/3 minit.
  2. Campurkan tepung gandum dan garam didalam mangkuk dan buat lubang ditengah. Tuang adunan telur dan susu sedikit demi sedikit dan kacau rata. Kacau hingga adunan sebati dan tapis kedalam mangkuk yang bersih.
  3. Panaskan oven dgn kepanasan 220°C. Masukkan lebih kurang 1sudu kecil minyak masak kedalam acuan muffin. Pastikan seluruh acuan juga disapu minyak.
  4. Masukkan acuan muffin kedalam oven dan tunggu hingga minyak betul-betul panas atau kedengaran bunyi sizzle dan berasap sikit.
  5. Keluarkan acuan tadi dari oven dan tuangkan adunan pudding hingga penuh.Masukkan semula kedalam oven dan masak dalam 10 ke 15 minit dan pudding kelihatan keperangan.
  6. Angkat dan sejukkan. Boleh dihidang dengan inti pilihan masing-masing atau roasted beef.



    12 comments:

    Amie said...

    Assalam Kak Sam,
    betullah...dengar namanya pun seram2 jugak, tapi bila tengok bahan lebih kurang buat lempenglah pulak...memang kena cuba ni, hasilnya nampak sedap.

    ady said...

    as-salam
    .npk sedap yorkshire puddings ni...

    Zalieda Zaliedana said...

    Ala kak siannya kek xjadi,meh nak bgi bluberi ciskek kak,da lagi lam peti..Sy pernh wat w/p nih versi letak sosej,tapi hubby kureng cikit,dia kata nnti suh wat versi letak jem lak kut ok,hehe..

    tun_telani said...

    kak sam.. at least akak dh berusaha mencuba.. tun x cuba2 pun lagi.. hehe.. duk kiv je manjang.. mula2 ingat nk wat kat kg, bila dh balik kg nii... lemauu je manjang.. hujan2 ni best duk ngulor dlm selimut je. kui kui..

    Yatie said...

    uwaaa kak sam dah buat gak ya..yatie pun tak terbuat2 lagi ni...mcm nak wat gaklah..harap2 menjadi lerrrr...

    rahel said...

    Salam...nampak cantek pun puding tu..Rahel ni sebetulnya dah lama jugak kepingin nak merasa puding yg satu ni..tapi tak terbuat-buat lg..hihi..

    Kak Sam said...

    Amie...
    Selamat mencuba yea

    Kak Sam said...

    Ady...
    memang sedap kat anak tekak saya. hehehe

    Kak Sam said...

    Ct...
    Cuba lagi jgn tak cuba.

    Kak Sam said...

    Tun...
    Selamat ngulor yea. Nanti kalau dah bosan boleh le masuk dapur pulak.

    Kak Sam said...

    Kak Yatie...
    Kalau akak buat mesti lagi dasyat jadinnya

    Kak Sam said...

    Rahel...
    Semangat..semanagt...semangat...