MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, January 25, 2012

Mak ai tebalnya muka

Assalamualaikum w.b.t.
Mood mengupdate MyHomework ala-ala suam2 kuku gitu. Sebenarnya sekarang ni perasaan bercampur baur sebab rasa bersalah pada ustaz yang mengajar kelas tajwid. Janji minggu lepas nak hantar homework tapi entah macam mana hari yang dijanjikan tak dapat hadir di atas sebab2 yang tidak dapat dielakkan. Esok pula ada mesyuarat tak tahu le sempat pergi kelas atau tak. Kat dahi memang dah tertera cop student chipsmore, sekali datang tiga empat kali hilang. Memang segan rasanya tapi nak buat macam mana memang tidak dapat dielakkan. Terfikir jugak kalau nak buat benda baik ni memang banyak sungguh halangan dan dugaannya. Dua minggu lepas ada ujian, dapat je kertas terus angkat tangan surrender, mak ai tebal sungguh muka masa tu tapi nak buat macam mana terpaksa. Kecek punya kecek ustaz bagi tengok buku, huhuhu tu pun tak boleh nak jawab semua. Semoga dipermudahkan oleh-Nya untuk terus menuntut ilmu dan memperbaiki kelemahan yang ada. Ok le layan je menu yang best kat bawah ni, sesuai sangat dijadikan juadah makan malam bersama keluarga tercinta. Terima kasih kepada kak ina kl, izinkan saya tempek kat sini.


RESEPI BIHUN HAILAM
Sumber: Kak Ina kl

Bahan-bahan
  • 600 gm mee kuning-akak tukar ke bihun
  • 100 gm daging [hiris nipis]
  • 100 gm isi ayam [hiris nipis]
  • 100 gm udang-tak letak
  • 250 gm sawi hijau [potong kecil]
  • 100 gm bunga kubis [hiris]-tak letak
  • 100 gm kobis [hiiris]-tak letak
  • 2 biji telur ayam
  • 1 biji cili merah [mayang]
  • 1 s/b lada hitam
  • 3 s/b kicap pekat
  • 3 s/b sos tomato
  • 3 sudu besar minyak
  • 1 cawan air
  • 4 ulas bawang putih [ketuk]
  • akak tambah
  • 1 biji tomato yang di belah 4
  • 1/2 kiub ayam
  • bahan hias
  • 3 batang daun sup ] -tak letak
  • 3 batang daun bawang ] potong pendek -tak letak
  • garam [jika perlu]


Cara-cara
  1. Panaskan minyak dan tumiskan bawang putih sehingga wangi.
  2. Masukkan daging dan tumis sebentar dan masukkan air. Biarkan sehingga lembut.
  3. Bila daging dah lembut, masukkan ayam dan udang. Kacau rata.
  4. Masukkan kicap, sos tomato, lada hitam dan mee kuning (bihun). Kacau rata.
  5. Masukkan bahan sayuran lain dan telur. Biarkan telur keras dan kacau perlahan-lahan.
  6. Angkat dan masukkan ke dalam pinggan dan taburkan daun sup & daun bawang.





    8 comments:

    izahdaut said...

    hehe.. kak sam, tak pe la asal datang. tu pun banyak pahala nya.. nak buat cemana bila dah makin beso makin banyak tggungjawabnya. nak catch up semua pun dh tak cukup masa..

    kak sam.. nak rasa belen2 bihun. sedap tu. xnah makan bihun hailam

    Cho Zila said...

    try lak resipini sebab dah cuba macam2 resipi mihun hailamni... anak2 suka mi yang berkuah ...

    ady said...

    as-salam
    sedapnye bihun hailam..gd for bf..

    Kak Sam said...

    Izah...
    tu le pasal payah bebeno rasanya. tu le kecik2 dulu tak mau mengaji betul2, bila otak dah berkarat baru sedar diri.

    Kat umah akak makanan cam gini memang feveret jadi tak boleh le nak tapau2 dah

    Kak Sam said...

    Cho Zila..
    Sama le kita. lgpun makanan cam gini senang je nak sediakan.

    Kak Sam said...

    Ady..
    Betul tu. Bila2 nak makan pun ok.

    Seri Kandi Tanah Jauhar said...

    Kak Sam, kita tak pernah masak mee hailam, yg rajinnya menggoreng jer, amek resepi Kak Sam nilah... Oh! Ngelat ya.. tengok kitab, hehehe

    Kak Sam said...

    Sari...
    ambik le sama-sama kita memanjangkan ilmu orang. Hehehe darurat sangat masa tu terpaksa le ngelat.