MY IKLAN

MY IKLAN

Sunday, January 15, 2012

Banyak nak dibuat

Assalamualaikum....
Orang tengah sibuk bersilat di dapur kita sibuk menghapdet blog, bagus sungguh kan. Sebenarnya dalam kepala banyak benda nak buat roti le, popia goreng le, kek karamel le, tiramisu le dan bermacam-macam lagi. Ni tengah bertimbangtara mana yang nak didulukan, selera orang kat rumah ni perlu diambilkira juga. Kalau ikut tekak sendiri je alamatnya mama buat mama makan. Tengok le macam mana kejap lagi. Ok le untuk hidangan pengunjung2 MyHomework hari ini saya jamu menu yang sempoi ni. Sebenarnya buat untuk dinner beberapa hari lepas. Masa tu kira nak perabih stok roti burger yang ada, seperti biasa saya selongkar dapur sifu2 dan berkenan kat roti di Secubit Garam ni. Jatuh hati sebab senang nak buat. Ye la kalau tengah tak larat memang akan cari reseepi yang mudah-mudah je, janji boleh isi perut. Ok le layan je menu ringkas ini. Terima kasih Kak Nor sayang dan izinkan saya CnP kat sini. Muahhhhhh tq..tq...tq...


RESEPI ROTI SARDIN
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahan2
  • 10 bj bun burger
  • 1 tin kecil sardin ~ dilenyek hancur
  • 1 labu bawang besar ~ didadukan
  • 1 bj cili merah ~ dicincang
  • 1 sudu besar jus limau nipis
  • 2 bj telur
  • minyak
Untuk Inti:
  • Satukan sardin yg dah dilenyek dgn bawang besar dan cili merah.
  • Masak utk 1 minit dan masukkan jus limau nipis.
  • Padamkan api dan kacau hingga sebati.
  • Ketepikan.

Cara2
  1. Potong dua bun burger.
  2. Toreh bahagian tengah tp jgn sampai tembus ke belakang
  3. Penyekkan sedikit bun supaya membentuk seakan poket.
  4. Masukkan inti sardin ke dalam bun td dan buat la sehinga habis.
  5. Celup dlm telur yg dah dikocok hingga sebati di bahagian yg dimasukkan inti td sahaja.
  6. Goreng dlm pan yg dah dipanaskan dan dimasukkan sedikit minyak.
  7. Bila dah bertukar warna coklat, balikkan biar bahagian bawah bun lak yg digoreng.
  8. Utk bahagian bawah goreng utk seketika jer, kalau tidak hangus nanti.
  9. Gorenglah sehingga selesai, jika minya dah kering, tambahkan sedikit demi sedikit tiap kali nak menggoreng yg lain. Jgn lupa toskan roti yg dah siap digoreng tu ya..




    6 comments:

    Cheq Sue said...

    saya ada tgk beberapa resepi pasa mushroom soup ni. kalau ada masa cuba akak ke link ni...

    http://www.tiffinbiru.com/2010/04/mushroom-soup-garlic-bread.html

    ataupun

    http://qurrataaayun.blogspot.com/2011/12/creamy-chicken-soup.html

    rasanya yang ni memang agak sama dekat pizza tu... harap dapat membantu (*_*)

    Kak Sam said...

    CS...
    tq..tq..

    Amie said...

    Assalam Kak Sam,
    kalau diikutkan memang tak peruntukkan masa untuk santai2 depan laptop, tapi sebab hati & tangan yang gatal...he he hehh tak ada masa pun, tetap juga curi masa untuk ngadap dia... apa agaknya resepinya nanti tu ye...

    Liza said...

    salam kenal kak sam....liza follow yer...nnt jgn lupa singgah dapur liza yer...hihihihihi

    izahdaut said...

    waahhh suke suke.. roti sardin kak nor ni mmg menambat hati

    CT Delima said...

    As'salam Kak Sam

    Selalunya roti apa pun memang jarang nak tolak. lama juga k.ct tak buat roti2 bagai. sana sini dok tayang roti geram jer..hihi