MY IKLAN

MY IKLAN

Wednesday, January 18, 2012

Bukan malam ni...

Assalamualaikum w.b.t.
Semalam layan mee udang hari ini layan sambal udang tapi bukan lauk malam ni yea. Menu ni buat pada sabtu lepas, memang asyik bila menikmatinya. Kepala tengah serabut sangat sekarang ni sebab kat opis hari ini memang kelam kabut bekejar ke sana sini. Sudahnya dekat pukul 8 baru sampai rumah. Ok le malas nak cerita panjang2 takut stress pulak nanti, layan je menu yang sedap ini.


RESEPI SAMBAL UDANG
Sumber: sue_ginola@myresipi.com

Bahan-bahan ( 4-5 orang )
  • 8-9 batang cili kering (nak sambal lebih banyak dan lebih pedas, boleh lebihkan)
  • 4-5 ulas bawang kecil
  • 2 ulas bawang putih
  • Udang Segar (saiz mengikut keperluan)
  • Air asam-1/2 cawan hingga 1 cawan (agak-agak)
  • Minyak untuk menumis, gula, garam..
  • (Jika suka..tambah petai 1/2 mangkuk)
  • 1 Labu Bawang Besar-Dihiris 


    Cara-cara
    1. Blend bawang putih, bawang merah dan cili kering (cili kering yg telah direndam didlm air)..kisar shingga hancur bersama-sama dengan air..
    2. Panaskan minyak..bile sudah panas masukkan bahan yg telah dikisar..
    3. Tumis sehingga garing dan naik minyak..masukkan udang..gula dan garam..lebihkan gula utk mendapatkan rase yg lebih manis..
    4. Jika suka masukkan petai..
    5. Masukkan air asam..biarkan mengelegak dan masukkan bawang besar yang telah dihiris..tunggu hingga sambal naik minyak dan pekat..(kepekatan sambal ikut suka..)
    6. Hidangkan..




      7 comments:

      cikpjaz said...

      wah..sedapnya..nanti nk cubalah
      btw, pjaz singgah sini ^_^

      Yatie said...

      lauk kegemaranku sambal udang..kalau makan maunya bertambah2 nasi dan lauk...tak tau nak berentinya..he3...

      Kak Sam said...

      cikpjaz..
      tq sudi singgah sini. cuba jang tak cuba

      Kak Sam said...

      Kak Yatie...
      memang betul le tu. sebab tu suka buat masa cuti boleh ulang banyak kali

      Cheq Sue said...

      alamak...tengok udang kak sam ni tingat pulak ada lagi udang lam esbok tu...esok lusa dah nak balik kg... nak kena perabihkan ni..

      Mas said...

      tengok sambal udang....
      teringat nasi lemak..he3

      Mamasya said...

      Aslmkum Sam.Sambal udang sedap mkn dgn nasi lemak...