MY IKLAN

MY IKLAN

Friday, January 20, 2012

Nak perabihkan stok

Assalamualaikum w.b.t......
Hujung minggu baru ni memang tak beli barang dapur sebab nak perabihkan stok dalam esbok, insyaAllah kalau takde aral melintang esok pagi balik kg. Seperti biasa balik pasir salak dulu lepas tu baru balik teluk intan. Bukannya apa alif kalau balik kg baba dulu mula le liyat nak balik kg mama sudahnya dia tinggal. Kalau tenet ok dan tak banyak aktiviti di kg boleh le update myhomework kalau tak tunggu le minggu depan. Masa tayang menu yang INI, Tun ada komen "wah2.. tun xpernah wat kari ikan masin.. tp kalau gulai (masak lemak) ikan masin ngan nenas mmg feveret semua org". Terus terfikir nak cuba buat tapi hubby kureenggg sikit ngan nenas dan kebetulan pula ada 2 biji terung bulat dalam esbok jadi apa lagi godeh2 le kat dapur. Ok le malas nak citer panjang-panjang, layan je resepi kat bawah ni. Selamat menikmati makan tengahari kepada semua, tuan tanah tak tahu lagi nak makan apa tengahari sebab malas betul rasanya nak hidupkan enjin kereta. 



RESEPI GULAI LEMAK IKAN MASIN
Sumber: junjs11@myresipi.com

Bahan-bahan ( 1 family... )
  • 1-2 keping isi ikan masin (campur tulang pun boleh) spt ikan talang/kurau
  • 5 ulas bawang merah-hiris
  • 3 ulas bawang putih-hiris
  • santan secukupnya
  • 1 asam keping
  • 1 helai daun kunyit/2-3 daun limau purut
  • 1 batang serai-titik
  • 1 sudu teh serbuk kunyit
  • sayur pilihan seperti terung (boleh juga isi nenas)
  • 2 biji cili merah/hijau-dibelah
  • 3-4 cili api-tumbuk
Cara-cara
  1. Masukkan semua kedalam periuk. masak seperti gulai lain.
  2. Tambah garam jika perlu (jun biasanya x isi sbb ikan masin tu dah cukup masin)



    5 comments:

    Qhaifa Nur said...

    salam singgah..

    gulai lemak memang fev saya...
    campur pulak dengan nenas memang meveles...

    izahdaut said...

    gulaiikan masin.. besttttttt.. biasa jumpa time org kenduri kendara je. nak buats endiri mesti bercinta. hehe.. selamat bercuti n balik kampung kak

    nOOrsha said...

    salam kak..sedapnye gulai lemak ikan masin ni..aish, terliur sangat!!:)

    rahel said...

    Salam Kak Sam...klu lauk mcm ni..gerenti mkn nasi byk..lauk lain ditolak ketepi..hihihi..

    mama sara nur @ Cik Nor said...

    ASSALAM kak Sam
    terima kasih sudi kenal dgn sy

    gulai lemak ikan masin ...sedap tu kak, menu cam ni bila kat kampung mesti ada he he makan beramai-ramai..