MY IKLAN

MY IKLAN

Friday, January 6, 2012

Donut

Assalamualaikum.......
Syukur alhamdulillah, bangun je pagi tadi rasa tenang je sebab peristiwa semalam tidak menjadi beban dalam diri. Betul le suami dan anak-anak adalah penyejuk mata yang amat mujarab, adanya mereka disekeliling kita  pasti segala kerunsingan akan berlalu pergi. Nak berkongsi cerita semalam dengan hubby pun tak lalu hati rasanya. Takpe le walaupun masuk je opis pagi ni cerita semalam masih diperkatakan tapi tidak menjadi kudis. Terima kasih Ya Allah Ya Tuhanku, Engkau Maha Pengasih & Maha Penyayang. Sebelum buat n3 ni sempat scroll kat dashboard dan tertarik dengan n3 En. Ben yang INI. Hehehe perkara yang baik disampaikan dengan cara yang menarik. Peringatan untuk diri sendiri dan semua kaum hawa, kecantikan wanita adalah untuk insan yang bergelar suami sahaja.

Berbalik kepada cerita masak-masak, alhamdulillah impian untuk memiliki Bibik Melayu tercapai jugak pada hari terakhir tahun 2011. Memang hubby dah janji untuk belikan, tapi macam biasa le half2. Kiranya untuk kenang-kenangan duit bonus tahun 2011 lebihan daripada kos persekolahan anak2. Mula-mula cuba buat roti benggali sebab tengok itu adalah resepi roti yang paling mudah tapi mungkin sebab silap setting terus tak jadi. Keesokkan harinya hubby nak makan donut, jadi ambil kesempatan sekali lagi untuk mengerjakan si bibik ini dan hasilnya begitu membanggakan. Kali ini saya guna resepi yang skyblue kongsikan di MyResepi, disebabkan doh tu agak lembik jadi saya bulat2kan je sebab nak senang kerja. Resepi ni memang best dan rasanya memang sedap. Kepada penggemar2 donut yang masih belum mencuba resepi ni sila-silakanlah, terima kasih kepada Skyblue dan izinkan saya kongsikan di sini.


 
RESEPI DONUT SKYBLUE
Sumber: skyblue@myresipi

Bahan-bahan ( 18 biji - saiz besar )
  • 3 1/2 sudu kecil yis segera (instant dry yeast)
  • 1/4 cawan air suam
  • 1 1/2 cawan susu segar, pada suhu bilik ATAU dipanaskan sedikit
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 sudu kecil garam
  • 2 biji telur
  • 1/3 cawan shortening/butter
  • 5 cawan tepung gandum
  • Minyak untuk menggoreng 

Cara-cara
  1. Masukkan air suam dan yis ke dalam mangkuk yang besar (mixing bowl), biar 5 minit atau sehingga berbuih.
  2. Masukkan susu, gula, garam, telur, shortening/butter dan 2 cawan tepung. Gaulkan sehingga sebati. Masukkan lagi tepung sedikit demi sedikit sehingga menjadi doh. Uli doh sehingga permukaan ia jadi licin dan tidak melekat pada tangan.
  3. Tutup mangkuk dengan kain lembab atau plastic wrap dan biarkan pada suhu bilik sehingga naik dua kali ganda. Bagi yg ada breadmaker, boleh sediakan doh dlm bread maker macam buat roti.
  4. Taburkan sedikit tepung di atas papan canai, canaikan doh tadi kepada ketebalan 1/2 inci. Potong 'donut' dengan donut cutter. Bagi yg takde dunut cutter (macam sy), bahagikan doh kepada 18 bahagian yg seimbang. Bulatkan doh, buat lobang ditengah-tengah degan jari.
  5. Tutup donut dengan kain kering dan rehat selama 30 minit atau sehingga naik dua kali ganda.
  6. Panaskan minyak. Goreng donut dengan api kecil atau sederhana sehingga perang keemasan. Jangan guna api besar, nanti doh kat dalam tak masak.
  7. Toskan minyak. Salut degan icing semasa donut itu masih panas.



    10 comments:

    tun_telani said...

    wah2... tahniah kak sam! dh ada bibik melayu.. lepas ni kencang la meroti ye =)
    doh lembik? tun mmg kalau boleh akan cuba elakkan doh lembik sbb tun paling stress bila doh melekat2 kat tangan bila nk bentukkan. hihi.. sbb tu tun x buat kuih keria. kurang kesabaran di situ ;p
    tun pun tgk pikir2 nk mendonat petang ni. nmpk siap ada donat jalin2 tu. sedap sgt nmpk nyer.

    rahel said...

    Rajinnya buat donut..siap buat yg pintal lagi...

    Zaliedana said...

    Assalam kak,hihi dah pecah dara ya bibik akak,bestlah eks xyah nak teruk2 mnguli bagai,sng kja kan..Sy punya donut yg di frozen da lagi,nnti leh la goreng,hihi..Nmpk cantik yg jalin tuh kak..

    Amie said...

    nak donut yang bertocang tu...kenyang makan sekeping!

    Kalamhati said...

    gebunyeee..hehe

    Kak Sam said...

    Tun..
    Harap2 angin kencang meroti selalu melanda tapi kalau virus M menular seronok le bibik tu boleh goyang kaki.

    Kak Sam said...

    Rahel...
    Bila hubby dah request kena le buat kalau ikutkan malas sebenonya.

    Kak Sam said...

    Ct..
    jangan tertipu erk beso gedabak je donut tu. Nak dandan rambut sendiri tak boleh jadi dandan le tepung je.

    Kak Sam said...

    KH...
    kalau dapat yang bertocang tu mesti tak makan sampai ke mlm le jawabnya

    ibh said...

    Hadoiii. . Rajinnya akak mendonut. . Siap buat donut pintal lagi. . (^_^)